Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap pengguna jalan raya perlu mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan
Hal ini untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang kecuaian yang melibatkan kemalangan. Begitu juga dengan isu parking, ada tempat yang boleh kita letakkan kereta, ada tempat dilarang sama sekali.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sebuah kenderaan sengaja meletakkan keretanya di petak pam minyak dengan lama telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ini namanya anak babi. setel isi minyak, terus lock kereta, pergi Mcd, order makan tapi kereta selamba park dekat pump minyak. pic.twitter.com/X1mGT055Dq
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) October 19, 2022
Selamba park lama sebab nak beli makanan
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemandu kereta Porsche sedang berada di pam minyak Petronas untuk mengisi minyak.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila pemandu itu dilihat meninggalkan keretanya lama di pam itu. Dia kemudian membeli makanan di McD dengan selambanya.
Situasi itu mengakibatkan orang ramai tidak dapat mengisi minyak di pam tersebut dan berlakunya kesesakan lintas di belakang.
Image via @isusemasaviral (Twitter)
“Maybe sebab banyak benda perlu dikorbankan untuk mencapai kekayaan tu, including common sense” – Netizen
Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 7K retweets, 590 quote tweets dan 12K likes di Twitter, rata-rata netizen turut berang dengan kejadian itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
sama la jgk jenis park pastu msuk dlm p atm beli jajan baru isi myk
— helmytanishi (@HelmyRifadzli) October 19, 2022
Dah bagitahu kepris ke belum? Kalau belum, gi bagitahu dia..
— Firdaus (@Firdaus_Razani) October 19, 2022
Kenapa sensor muka? Nak tengok jugak muka si bahlol ni
— ?b? (@syaruz_) October 19, 2022
Penat lah nak ulang hipotesis kebanggaan aku.”Semakin besar kereta, semakin kecil lah otak pemiliknya”Iye ke idok??
— (@melife_NAN) October 19, 2022
Nasib baik kereta saya kecik.. so otak masih besar lah kut.
— Patatas (@ubi_cantik) October 20, 2022
Haritu aku pernah juga kena. Punyalah aku tunggu dia habis isi minyak. Lepas tu dia lock kereta then masuk station minyak pergi beli barang. Sekarang aku menyesal kenapa tak hon je haritu. Hauliyauuu !
— Musafir Rindu. (@elameenrahmeet_) October 19, 2022
Mcm ni punya species selalunya boleh jumpa dkt petronas NKVE before exit Damansara
— Zane (@hellocallmezane) October 19, 2022
Btul..sy sbg pekerja station minyak,dh bnyk jmpa org camni..sampaikn dh tulis pump rosak pun diorg Masih xfhm
— DoMo-DoMo (@naimah_3) October 19, 2022
Kita hidup bermasyarakat dekat bumi ini, lain kali cuba fikir pasal orang lain ya 🙂
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik