Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Rezeki boleh datang daripada pelbagai cara dan bentuk
Rezeki bukan saja tertakluk kepada harta dan kekayaan. Jika anda mempunyai kesihatan yang baik, ia juga merupakan satu rezeki dan nikmat. Selain itu, ada rakan yang baik juga merupakan satu nikmat yang perlu kita syukuri.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang majikan sporting dan lepak bersama pekerjanya mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Dpt boss yg humble pon satu rezeki .. Yg selalu dengar masalah driver2 dia .. Tq boss .. sudi luangkan masa lepak mkn dgn kami … .. dri tenang smpai gelap .. Ini redtop bohh .,,
Boss sanggup lepak sama dari pagi sampai ke malam
Menerusi video berkenaan, kelihatan kumpulan lelaki sedang melepak sambil makan di kedai yang tidak dikenal pasti lokasinya
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila majikan mereka datang dan menyertai sekali perbualan mereka sambil makan dan minum. Ramai memuji sifat ramah majikan Cina itu yang sanggup lepak sampai malam.
Image via @azlannuddin (TikTok)
“Majikan yang baik adalah majikan yang sentiasa menyenangi semua orang dan bahagia” – Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 419K tontonan, 55K tanda suka dan 400 komen di TikTok, rata-rata netizen turut kagum dengan sifat ramah majikannya itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @azlannuddin (TikTok)
Image via @azlannuddin (TikTok)
Image via @azlannuddin (TikTok)
Image via @azlannuddin (TikTok)
Bersyukur dapat boss baik macam ni. Sporting je tengok 😀
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik