HomeEntertainment"King Buat Hal Lagi" - Myvi Terkandas Di Tengah Laut Ini Cetus...

“King Buat Hal Lagi” – Myvi Terkandas Di Tengah Laut Ini Cetus Perdebatan Netizen

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kejadian air pasang surut merupakan suatu fenomena semula jadi alam

Air pasang surut ini berlaku disebabkan graviti bulan, matahari dan juga putaran bumi. Kombinasi ketiga-tiga graviti ini yang menjadi faktor laut mengalami pasang dan surut setiap hari.

Sesetengah tempat mengalami dua kali air pasang dan surut manakala ada sesetengah hanya sekali sahaja.

Baru-baru ini tular di laman sosial TikTok, berlakunya suatu insiden apabila sebuah Myvi terkandas di tengah-tengah laut menjadi bualan netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

@shhrulnzm_ Once king, always king. Kesian tapi macam kelakar tapi haih kesian jelah #fyp original sound – syashasamsudin –

Pantai itu merupakan tempat tarikan untuk orang awam cari siput lala bunga

Menerusi video yang dimuat naik oleh @shhrulnzm_, kelihatan dia menunjukkan keadaan Myvi terkandas di tengah-tengah laut di Pantai Sentosa, Sekinchan.

Meninjau di ruangan kapsyennya, dia berkata kemungkinan pemilik kenderaan itu ingin parking buat sementara untuk mengangkat hasil kutipan mereka.

Namun nasib tidak menyebelahi mereka, ketika itu air mula pasang dan menyebabkan mereka terkandas di tengah-tengah laut.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@shhrulnzm_ Replying to @adam hariz bunyi asal – Adekkk.bongsu

@mycil_hafez Semoga dipermudahkan #myvi #foryou #fypage Meeoooow – KHBS0

“Mungkin dia lupa yang di bawa kereta bukannya kapal” – Netizen

Menjengah ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen bersimpati namun kebanyakannya terhibur melihat insiden itu. Malah, mereka juga hairan bagaimana pemilik Myvi itu boleh terfikir untuk parking di situ.

Ketika menulis artikel ini, video berkenaan telah mencecah sebanyak 684.3K views, 31.4K likes dan 1,084 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @shhrulnzm_ (TikTok)

Image via @shhrulnzm_ (TikTok)

Image via @shhrulnzm_ (TikTok)

Image via @shhrulnzm_ (TikTok)

Tak pasal-pasal Myvi mandi air masin 😛

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News