“Suruh Istighfar” – Gelagat Pasangan Pengantin Segan Semasa Photoshoot Ini Curi Tumpuan

0
386
Cover image via @amirnaufal91(TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Iyalah, momen terindah itu perlu disimpan dalam bentuk gambar untuk dijadikan sebagai kenangan. Ada yang mengadakan sesi penggambaran semasa majlis penikahan, sanding dan outdoor photoshoot.

Tidak dinafikan, pelbagai ragam pasangan pengantin yang boleh dilihat. Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila pengantin perempuan segan silu semasa photoshoot telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video berkenaan, kelihatan pasangan pengantin sedang melakukan sesi penggambaran pernikahan mereka di suatu tempat.

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila si suami ingin membuat gaya lebih romantis tetapi isteri pula gelak dan malu depan photographer. Tidak lama kemudian, mereka berdua cuba fokus dan meneruskan sesi penggambaran.

“Kiss kiss” – kata photographer.

Susulan tularnya video yang kini meraih sehingga 1.6M tontonan, 120K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat pasangan pengantin itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: