HomeEntertainment"Suara Kalah Pak Imam" - Gelagat Budak Perempuan Solat Jemaah Dengan...

“Suara Kalah Pak Imam” – Gelagat Budak Perempuan Solat Jemaah Dengan Ayah Curi Tumpuan

Menerusi perkongsian video daripada @norhidayahghazali90, kelihatan budak perempuan itu sedang solat berjemaah bersama ayah dan abangnya.

Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila dia mula membaca Surah Al-Fatihah dengan begitu kuat sekali mengalahkan suara si imam.

Malah, dia dilihat siap membengkokkan badannya ke belakang sambil melaungkan ayat “kanastaqin” membuatkan si ibu tergelak melihatnya.

“Dari balik sekolah senyap je, tapi lepas dia buka puasa hampa dengarlah suara dia macam mana. Kalah pak imam,” kata ibunya.

Must Read

Related News