Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular sebelum ini mengenai seorang wanita meminta warganet menyunting gambar kedai makannya yang kosong tanpa pelanggan
Kedai makannya yang terletak berhampiran stesen bas Bandar Seri Jempol dikatakan kurang menerima kedatangan pelanggan dan sering lengang.
Namun, baru-baru ini tular pula sebuah posting di Facebook mengenai geng motosikal yang datang memenuhkan kedai makannya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat posting penuh itu di bawah:
“Minggu lepas viral tuan kedai mintak editkan gambar orang penuh kedai, harini Allah aturkan kami datang penuhkan kedai”
Menerusi gambar yang dimuat naik oleh Zuriat Yat, kelihatan lelaki itu berkongsi momen dia dan kawan-kawannya berkunjung ke kedai makan itu.
Bukan saja menghidangkan makanan yang sedap-sedap, malah harganya juga berpatutan. Lelaki itu sempat mempromosikan kedai makan tersebut kepada orang awam supaya dapat membantu meluaskan lagi rezeki tuan kedai.
“Makanan sedap-sedap yang mana teringin nak try boleh datang kedai sebelah station bas Bandar Seri Jempol. Terima kasih semua yang join semoga Allah permudahkan segala urusan korang,” katanya.
Image via Zuriat Yat (Facebook)
Ketika artikel ini ditulis, posting tersebut telah mendapat 212 likes, 23 shares dan 78 comments di Facebook
Rata-rata netizen turut memberikan pandangn positif dan mendoakan semoga mereka semua dipermudah urusan kerana membantu tuan kedai makan itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Facebook:
Image via Zuriat Yat (Facebook)
Image via Zuriat Yat (Facebook)
Image via Zuriat Yat (Facebook)
Image via Zuriat Yat (Facebook)
Image via Zuriat Yat (Facebook)
Semoga lepas ini ramai yang datang makan dekat kedai mak cik tu, mesti dia gembira! 🙂
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik