Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik
Sharnaaz membuat live di laman Instagram sambil berkongsikan perkembangan hidupnya bersama Shukri Yahya baru-baru ini
Jika anda mengikuti laman Instagram pelakon Sharnaaz Ahmad, mesti tahu tentang live yang sering dilakukannya.
Perbualan mereka bukan setakat sembang biasa malah sering memerli antara satu sama lain
Apa yang lebih menarik lagi adalah apabila mereka berdua turut berbual tentang momen bekas isteri Sharnaaz iaitu Noor Nabila dilamar oleh Engku Emran dari atas belon udara panas.
Shukri melakukan semula adegan tersebut dengan selambanya kerana ingin bergurau dengan Sharnaaz.
Lihat video penuh di bawah:
@mohdafeef_ Dua orang ni tak pernah tak masuk airDia punyaa perli tu fuhhh from ig : __sinners #fyp #foryoupage
Namun begitu, nampaknya ada pihak yang kurang senang dengan gurauan mereka berdua sehingga memandang ia sebagai satu perkara yang serius

Selaku seorang yang bertanggungjawab, Sharnaaz menjawab semula twit berkenaan dan memberitahu bahawa perbualan mereka itu hanya satu gurauan semata-mata.
Dalam masa yang sama, beliau turut akan bertanggungjawab atas segala perbuatannya.
Kita sebagai orang luar sebaiknya hanya mendiamkan diri dan jangan sesekali masuk campur urusan orang lain.
Penulis: Ainaa Hafizah
Sama-sama kita doakan agar satu hari nanti Sharnaaz juga akan bertemu dengan wanita yang akan menyayangi dirinya dan Jebat. Amin 😀
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang



