HomeEntertainment"Seram Tengok" - Tular Video Budak Berani Panjat Balkoni Ini Undang Rasa...

“Seram Tengok” – Tular Video Budak Berani Panjat Balkoni Ini Undang Rasa Bimbang Netizen

Cover image via
Ammy Angah (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Ammy Angah, kelihatan kanak-kanak berkenaan dengan tenang berjalan di di hujung balkoni dipercayai di rumahnya yang berada di tingkat lapan sambil dilihat adiknya yang masih kecil.

“Jangan biarkan anak dan jangan leka bila duduk rumah tinggi. Akibatnya nanti menyesal tak sudah…” tulisnya di ruang kapsyen.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di Selayang, Selangor dan kanak-kanak berkenaan juga dilihat meninjau rumah jirannya tanpa rasa takut.

Malah, kanak-kanak perempuan itu juga bagaikan tiada rasa gayat apabila memanjat semula pagar balkoni berkenaan sebelum masuk ke dalam rumah.

Tonton video penuh tersebut di bawah:

Susulan dari perkongsian tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang akan keberanian kanak-kanak berkenaan selain berharap ibu bapanya lebih peka selepas ini.

Ketika artikel ini ditulis video berkenaan telah pun meraih lebih 85K tontonan, 607 komen dan 368 tanda suka di Facebook.

Berikut di bawah antara komen daripada netizen di media sosial:

You may be interested in:

Must Read

Related News