HomeEntertainmentSemua Fokus Nak Tengok Tok Kadi Akad Nikahkan, Tapi Insiden Budak Ini...

Semua Fokus Nak Tengok Tok Kadi Akad Nikahkan, Tapi Insiden Budak Ini Pula Curi Tumpuan

Cover image via
@khairulazlan (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pada waktu inilah anda dan pasangan sah menjadi suami isteri dan berjanji untuk sehidup semati bersama. Tambahan lagi selepas banyak cabaran yang anda berdua hadapi.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila berlaku insiden kecil terhadap seorang budak perempuan ketika berada di majlis akad nikah ini telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video tersebut, kelihatan ketika itu sedang berlangsung majlis akad nikah yang tidak diketahui lokasinya.

Namun, sedang asyik tok kadi memberi penerangan kepada pengantin lelaki, tiba-tiba terdengar suara seorang budak perempuan yang menangis.

Rupa-rupanya difahamkan kepala budak perempuan itu tersangkut di celah-celah tiang membuatkan dia menangis kesakitan. Mujur saja tidak berlaku apa-apa serius.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka selepas melihat video tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 295.1K views, 41K likes dan 896 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

More stories to read:

Must Read

Related News