Selamba Buka Pintu, Gelagat Gadis Tersalah Masuk Kereta Ini Bikin Netizen Terhibur

0
368
Cover image via @eimanurdin (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kadangkala bila teringat balik memang akan pecah perut gelak. Iyalah, manusia ini bukan setiap masa dia waras, pernah juga sesekali mengalami kecuaian.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang gadis dilihat tersalah masuk kereta orang lain telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis baru saja keluar daripada kedai runcit selepas membeli barang.

Apa yang menghiburkan adalah apabila dia dilihat menuju ke arah lain iaitu kereta Myvi merah yang bukan milik kakaknya. Disebabkan rupa kereta yang sama, dia dengan yakinnya membuka pintu.

Lebih melucukan lagi apabila dia sedar bahawa itu bukan kereta kakaknya, dia malu dan pantas berlari ke arah lain untuk mencari kereta kakaknya.

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 703K tontonan, 77K tanda suka dan 900 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat gadis itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: