@tieni.khan (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Iyalah, kedua-dua perkara ini mahu nampak kemas dan cantik betul tak? Terutamanya bagi perempuan, kerana jika tudung mereka tidak menjadi bentuknya boleh hilang mood mereka.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang suami sanggup tidur sempit demi mengelak daripada terkena tudung isterinya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video tersebut, seorang isteri menunjukkan gelagat suaminya yang sanggup tidur sempit kerana ada tudung di atas katil.
Kelihatan tudung itu masih baru digosok. Disebabkan takut si isteri akan memarahinya, lelaki tersebut sanggup tidur di sebelah tudung tersebut walaupun sempit.
Situasi itu membuatkan isterinya tergelak melihat perangai suaminya itu.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka. Ada juga yang berkongsi perkara sama.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 602.1K views, 75.5K likes dan 386 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: