“Sanggup Pisahkan Kakak Dengan Suaminya” – Tonton Drama Ikatan Cinta Mulai Esok Di TV9

0
323
Cover image via TV9 Malaysia

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Terbaru, drama popular dari Indonesia iaitu Ikatan Cinta bakal ditayangkan di TV9 bermula 26 Januari 2022.

Ikatan Cinta mengisahkan tentang dua beradik iaitu Andin dan Elsa yang mencintai lelaki yang sama iaitu Nino. Hubungan mereka menjadi semakin buruk selepas Elsa mendapat tahu bahawa Nino akan mengahwini kakaknya sendiri, Andin.

Hubungan Nino dan Andin mendapat restu daripada Pak Surya tetapi dihalang oleh Elsa dan Bu Sarah. Walaupun Nino hanyalah bekas teman lelakinya, tetapi Elsa masih menaruh harapan dan mengharapkan cinta Nino. Namun begitu, malangnya hati lelaki itu sudah dimiliki oleh Andin.

Elsa merupakan anak bongsu dalam keluarga malah Bu Sarah sangat menyayangi puteri kesayangannya itu. Apa yang diingini Elsa pasti akan dituruti.

Oleh sebab itu, Elsa mula mengambil kesempatan dengan merancang pelbagai cara licik untuk menghancurkan hubungan kakaknya dan Nino. Tetapi siapa sangka, selepas bernikah, Elsa sekali lagi merancang untuk meruntuhkan rumah tangga mereka.

Nak tahu cerita selanjutnya? Jangan lupa untuk tonton Ikatan Cinta yang akan ditayangkan TV9 bermula 26 Januari 2022 (Isnin hingga Khamis) jam 7.40 malam.

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: