HomeUncategorizedSamsung Galaxy S21 5G: Ini Review Jujur Penulis Sendiri Selepas 2 Minggu...

Samsung Galaxy S21 5G: Ini Review Jujur Penulis Sendiri Selepas 2 Minggu Guna

Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman dan pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan pihak SAYS.



Kalau korang nak tahu, baru-baru ini Samsung telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu siri Galaxy S21

Telefon pintar flagship ini hadir dalam tiga model seperti sebelumnya iaitu Galaxy S21, Galaxy S21+ dan Galaxy S21 Ultra.

Penulis sendiri juga berpeluang menguji salah satu peranti terbaru ini namun pada artikel kali ini, penulis memilih untuk mencuba model Samsung Galaxy S21 5G.

Terdapat empat warna pilihan menarik untuk Galaxy S21 iaitu Phantom Gray, Phantom White, Phantom Violet dan Phantom Pink. Tetapi penulis lebih sukakan warna putih kerana ianya tampak minimalis serta elegan.

Image via SAYS Seismik/Akmal Redzwan

Berikut di bawah adalah perkongsian penuh dan review lebih lanjut daripada pandangan penulis sendiri mengenai fungsi kamera Samsung Galaxy S21 5G ini:

1. Kamera ultra lebarnya hebat dan tidak kurang juga fungsi zoomnya yang sangat bagus, boleh zoom sehingga 30x

Gambar diambil pada zoom 0.5x (kamera ultra lebar).

Image via SAYS Seismik/Akmal Redzwan

Gambar diambil pada zoom 1x.

Image via SAYS Seismik/Akmal Redzwan

Gambar diambil pada zoom 3x.

Image via SAYS Seismik/Akmal Redzwan

Gambar diambil pada zoom 30x.

Image via SAYS Seismik/Akmal Redzwan

Simbol bulan bintang di atas kubah masjid ini nampak seperti kabur sedikit, tetapi hasilnya tetap masih cukup jelas dan mengagumkan.

2. Kamera hadapannya memiliki sensor 10MP F2.2 dengan autofokus dwi-piksel yang pantas dan tajam

Image via SAYS Seismik/Akmal Redzwan

3. Kameranya juga boleh berfungsi untuk scan sesuatu gambar itu sebagai ‘dokumen’ atau peta seperti di bawah

Ini antara salah fungsi yang penulis suka tentang kamera Samsung yang boleh detect sesuatu gambar sebagai dokumen untuk terus disimpan dalam telefon pintar.

Image via SAYS Seismik/Akmal Redzwan

Image via SAYS Seismik/Akmal Redzwan

Image via SAYS Seismik/Akmal Redzwan

4. Pastikan korang juga cuba mod kamera belakang 64MP daripada Samsung ini

Kualiti yang ada pada mod kamera belakang 64MP ini memberikan perbezaan yang ketara pada gambar yang korang ambil. Contohnya, seperti gambar di bawah ini:

Image via SAYS Seismik/Akmal Redzwan

Bunga yang diambil gambar dengan Samsung Galaxy S21 5G ini masih jelas meskipun jika korang cuba untuk crop atau zoom lebih dekat kepada gambar di atas.

5. Secara amnya, penulis berpuas hati dengan fungsi kamera yang ditawarkan, malah kebanyakan gambar yang diambil daripada peranti ini juga sangat cantik

Berikut di bawah antara gambar lain serta panorama yang diambil dengan kamera Samsung Galaxy S21 5G:

Image via SAYS Seismik/Akmal Redzwan

Image via SAYS Seismik/Akmal Redzwan

6. Walaupun Samsung Galaxy S21 5G adalah telefon hebat yang dilengkapi dengan banyak ciri kamera digunakan dan terokai, ini antara perkara terakhir yang mungkin korang patut tahu:

Features yang masih kekal dan ditambah baik:

  • Paparan digunakan di Galaxy S21 ini ialah skrin rata dari jenis Dynamic AMOLED 2X, dengan resolusi HD Penuh.
  • Skrin ini memiliki kadar penyegaran sehingga 120Hz, dan boleh menurunkan kadar sehingga 48Hz secara automatik, untuk menjimatkan bateri.
  • Begitupun, pengguna masih diberikan pilihan untuk menggunakan 60Hz atau 120 Hz yang boleh diubah menerusi tetapan peranti.

Saiz bateri dan pengecas tanpa kepala:

  • Perbezaan saiz skrin turut mempengaruhi saiz bateri. Bagi Galaxy S21, kapasiti baterinya ialah cuma 4,000mAh.
  • Setakat ini Samsung menyokong pengecasan pantas USB PD 3.0 (PPS). Ia juga menyokong pengecasan wayarles Fast Wireless Charging 2.0 dengan kuasa sehingga 10W.

  • Umum sedia maklum, Samsung tidak lagi memberikan kepala pengecas di dalam kotak siri Galaxy S21 mereka. Oleh itu, korang perlu sediakan duit tambahan untuk membeli kepala pengecas ini.

7. Penilaian atau rating untuk Samsung Galaxy S21 5G, penulis berikan 8/10 bagi fungsi kamera yang superb dan hebat ini

Image via SAYS Seismik/Akmal Redzwan

Secara keseluruhannya, masih banyak lagi features yang boleh diterokai melalui Samsung Galaxy S21 5G ini, namun penulis lebih suka tentang fungsi kamera yang ada pada telefon pintar ini.

Untuk perkongsian penuh mengenai features yang terdapat pada Samsung Galaxy S21 5G ini atau selain daripada fungsi tambahan yang korang ingin tahu. Penulis mungkin akan kongsikan dalam artikel berlainan pada masa akan datang.

Untuk maklumat atau info lanjut tentang model terbaru siri Galaxy S21 daripada Samsung ini, korang boleh saja klik di sini!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News