HomeEntertainmentSampai Buka Pintu Keluar Kereta, Gelagat Abang Ajar Adik Cara Makan Corndog...

Sampai Buka Pintu Keluar Kereta, Gelagat Abang Ajar Adik Cara Makan Corndog Bikin Dekah

Cover image via
@haziqjohar (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Salah satu jenama corndog terkenal di Malaysia sekarang adalah Moza Crunch. Ia terdapat beberapa flavour dan cheese di dalamnya memang tidak dinafikan sangat banyak. Jadi, tidak hairanlah jika tagline mereka “Tarik Sampai Langit”.

Namun, tular sebuah video baru-baru ini memaparkan gelagat adik beradik makan Moza Crunch di dalam kereta telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @haziqjohar, kelihatan dia dan adiknya baru saja membeli corndog di cawangan Moza Crunch Parit Sulong.

Apa yang membuatkan ramai berdekah adalah apabila si adik mencuba untuk menarik cheese di dalam corndog tersebut. Ternyata, cheese itu sangat banyak dan memang boleh ditarik panjang-panjang.

Lebih melucukan lagi, si abang pula siap menyuruh adiknya membuka pintu kereta dan sambung tarik cheese di dalam corndog itu sehingga putus.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 892.7K views, 67.5K likes dan 555 shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat adik beradik itu yang gigih nak makan corndog.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in:

Must Read

Related News