HomeUncategorizedSama Cantik Sama Padan, Jasmid Hamid Kongsi Foto Ketika Masih Bujang Bersama...

Sama Cantik Sama Padan, Jasmid Hamid Kongsi Foto Ketika Masih Bujang Bersama Eizlan Yusof

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Ramai pelakon senior masih aktif dalam dunia lakonan yang memulakan kerjaya mereka sejak usia muda lagi

Antaranya ialah pelakon Jasmin Hamid yang sudah lama bertapak dalam kerjaya lakonan.

Pelakon itu pada 22 Jun 2021 telah berkongsi satu hantaran melalui Instagramnya yang menunjukkan dirinya bersama rakannya yang juga seorang pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof.

Jasmin Hamid dilihat mengimbau kembali zaman muda dulu dengan memuat naik gambar lamanya

“Uols mesti ada gambar-gambar lama uols kan? Cuba throwback

Boleh pulak DS @eizlanyusof terjumpa gambar lama kitaorang masa shooting filem AMELIA kat Padang, Indonesia..”

Menariknya, 2 foto yang dimuat naik tersebut adalah ketika mereka masih bujang dalam usia 20-an.

“Masa ni zaman kami bujang..

Umur masing-masing Awal 20an katanya.. Tahun 90 an..

Memanglah badan masing-masing macam model.. Yang penting, pipi pau dan lipstik merah TETAP

Sekarang masing-masing dah jadi mak-mak dan bapak-bapak..

Mestilah ada beza..

Diam, diam, diam..

Jangan macam-macam”

Jasmin memberitahu pada waktu itu bentuk badan mereka pun masih lagi seperti model.

Namun perubahan pasti berlaku kini apabila usia mereka sudah meningkat. 

Dalam pada itu, Eizlan turut meninggalkan komen untuk perkongsian tersebut

Image via @jasminhamidjh (Instagram)

Sementara itu, Jasmin merasa bersyukur kerana mereka masih lagi aktif berlakon sampai sekarang.

“Syukur alhamdulillah, sampai sekarang kami masih aktif dalam dunia seni..

Hebat Bukan?”

Iyalah, untuk kekal relevan dalam dunia seni bukanlah mudah.

Penulis: Hasanah Yusof

Oleh itu, pujian wajar diberikan kepada Jasmin dan Eizlan kerana mampu mempertahankan bakat mereka dalam menarik perhatian penonton masa kini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Must Read

Related News