Rentas daerah, negeri di seluruh negara dibenarkan mulai Isnin

0
333
Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak berkuasa tidak akan mengadakan sekatan jalan di sempadan daerah dan negeri mulai minggu depan.

PETALING JAYA: Orang ramai dibenarkan merentas daerah dan negeri mulai Isnin ini, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, tiada lagi sekatan jalan dan orang ramai juga tidak perlu memohon permit daripada polis, kecuali untuk beberapa kawasan yang dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Beliau berkata, polis sudah diarah memfokuskan pematuhan SOP mulai sekarang.

BERITA LANJUT MENYUSUL