“Rasa Tercekik” – Helmet Gadis Ini Terbang Gara-Gara Angin Kuat Semasa Naik Motor

0
575
Cover image via @hesfinatia (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Untuk yang memandu kereta, anda hendaklah memakai tali pinggang keledar. Manakala, untuk penunggang motosikal perlu memakai topi keledar untuk menjaga keselamatan semasa berada di jalan raya.

Namun, tular video di TikTok baru-baru ini yang memaparkan seorang gadis mengalami detik cemas semasa menunggang motosikal telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang menunggang motosikal ke sesuatu tempat yang tidak dikenal pasti.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila sedang dia asyik merakam dirinya, helmet yang dipakai itu tercabut dan seakan-akan seperti ingin terbang gara-gara angin yang kencang.

Perkara itu membuatkannya gelabah dan cemas apabila helmetnya itu sudah terjatuh dan dia kelihatan seperti tercekik.

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3M tontonan, 449K tanda suka dan 8K komen di TikTok, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman yang sama.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: