@efadina (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Namun begitu, ada sesetengah ibu bapa tidak gemar memberikan anak mereka yang baru lahir kepada orang untuk digendong, disentuh dan dicium. Hal ini disebabkan ibu bapa ingin menjaga kesihatan bayi itu supaya tidak terjangkit dengan sebarang virus berbahaya.
Namun, tular sebuah video di TikTok apabila seorang wanita berkongsi caranya mengelak bayinya disentuh orang telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan wanita itu sedang menghadiri majlis reunion bersama keluarganya yang lain di Indonesia.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia dilihat bertindak untuk menggendong bayinya sambil menampalkan notis ‘Jangan cium’ di dahi. Perkara itu membuatkan ramai saudaranya hanya melihat dari jauh dan tidak berani menyentuh dan mencium bayi itu.
Lihat video sambungan itu di bawah:
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.3M tontonan, 37K tanda suka dan 148 komen di TikTok, rata-rata netizen turut boleh relate dan setuju dengan wanita itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: