HomeEntertainment"Ramai Sangka Milik Cucu" - Gelagat Mak Cik Bawa Rod Pancing Mainan...

“Ramai Sangka Milik Cucu” – Gelagat Mak Cik Bawa Rod Pancing Mainan Ini Jadi Perhatian

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menemani ibu membeli barang dapur di awal pagi memang menggamit nostalgia zaman kanak-kanak

Lagi-lagi apabila cuti hujung minggu, disuruh bersiap supaya dapat bantu mengangkat barang-barang dapur yang dibeli oleh mereka.

Baru-baru ini, tular satu video berkenaan seorang mak cik yang membawa mainan memancing ketika membeli ikan di pasar tani raih tumpuan ramai.

Lihat video penuh di bawah:

@_ayein Comelnya#fypviral #fy original sound – Waffi

Bawa rod pancing mainan, ramai harap cucu di rumah tak marah

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @_ayein di TikTok, dilihat seorang wanita lingkungan umur 60-an sedang membawa sebatang rod pancing mainan ketika membeli barang basah di sebuah pasar tani.

Lebih menghiburkan, gelagat mak cik itu turut menarik tanggapan lucu daripada warganet bahawa berkemungkinan mainan tersebut milik cucunya.

Warganet turut terhibur dan berharap mak cik tersebut berjaya membawa pulang hasil yang lumayan selepas ‘memancing’ di pasar tani berkenaan.

Image via @_ayein (TikTok)

Image via @_ayein (TikTok)

Image via @_ayein (TikTok)

“Memancing dekat pasar ke mak cik?” – Netizen

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat daripada makcik itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 291K tontonan, 21.8K tanda suka dan 327 perkongsian di TikTok:

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @_ayein (TikTok)

Image via @_ayein (TikTok)

Image via @_ayein (TikTok)

Penat agaknya mak cik ini memancing, beli kat kedai lagi senang 😀

Image via WORDPRESS

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News