HomeEntertainment#PRU15: Senarai Parti Politik Yang Bakal Bertanding Di Semenanjung Malaysia

#PRU15: Senarai Parti Politik Yang Bakal Bertanding Di Semenanjung Malaysia

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pilihan Raya Umum yang ke-15 (PRU15) bakal diadakan tidak lama lagi

Selepas pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu, pilihan raya umum bakal diadakan untuk membolehkan rakyat mengundi wakil rakyat.

Tarikh-tarikh penting PRU15 adalah seperti berikut:

Penamaan calon: 5 November 2022 (Sabtu)

Pengundian awal: 15 November 2022 (Selasa)

Hari Mengundi: 19 November 2022 (Sabtu)

Begitupun, apakah parti politik yang akan bertanding dan siapa pula mewakili mereka? Hal-hal seperti ini perlu kita ketahui sebelum memutuskan untuk mengundi wakil rakyat kita.

Senarai parti politik gabungan yang bertanding:

1. Barisan Nasional

Image via Harian Metro

Barisan Nasional telah diwujudkan sebagai pengganti kepada gabungan parti Perikatan, iaitu tiga parti yang menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kongres India Malaysia (MIC) dahulunya.

Kini, Barisan Nasional mempunyai empat parti gabungan iaitu UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Pengerusi BN: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Image via Seismik

2. Perikatan Nasional

Image via Berita Harian

Parti Perikatan Nasional telah didaftarkan pada 7 Ogos 2020. Ia terdiri daripada tiga buah parti komponen iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia.

Pengerusi PN: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Image via Seismik

3. Pakatan Harapan

Image via Berita Harian

Pakatan Harapan atau singkatannya, PH adalah sebuah gabungan politik di Malaysia. Ia ditubuhkan pada tahun 2015 sebagai parti pembangkang terhadap gabungan Barisan Nasional yang telah memerintah negara Malaysia sejak Kemerdekaan Tanah Melayu lagi.

Di bawah parti PH mempunyai gabungan lima parti iaitu Parti Keadilan Rakyat, Parti Amanah Negara, DAP, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu dan Malaysian United Democratic Alliance (MUDA).

Pengerusi PH: Datuk Seri Anwar Ibrahim

Image via Seismik

4. Gerakan Tanah Air

Image via Berita Harian

Gerakan Tanah Air (GTA) diasaskan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. GTA ialah sebuah gabungan gerakan politik inklusif pertama dalam negara yang menggabungkan wakil daripada individu, tokoh masyarakat daripada pelbagai bidang atau latar belakang.

Empat parti politik gabungan GTA termasuklah Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN).

Pengerusi GTA: Tun Dr. Mahathir Mohamad

Image via Seismik

Jangan lupa buat research dan kenali parti yang ada dulu sebelum mengundi nanti okay!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Must Read

Related News