HomeEntertainment#PRU15: Kenali Cikgu Rahayu, Bakal Calon MUDA Untuk Parlimen Tanjong Karang

#PRU15: Kenali Cikgu Rahayu, Bakal Calon MUDA Untuk Parlimen Tanjong Karang

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, pendidikan adalah satu keperluan yang amat penting bagi setiap individu

Seperti yang kita tahu, pendidikan juga merupakan satu perkara yang perlu diberikan pendedahan secara menyeluruh terhadap masyarakat terutamanya kepada golongan kanak-kanak.

Begitupun, seorang pendidik dan juga aktivis iaitu Siti Rahayu Baharin telah mencuri tumpuan ramai baru-baru ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Cikgu Rahayu merupakan antara enam calon MUDA yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November 2022.

Menurut pengasas kepada Buku Jalanan Chow Kit ini, beliau ingin membuktikan bahawa orang biasa sepertinya juga mampu untuk berada di arena politik negara.

Siti Rahayu Baharin
Image via Rusydie Mudzland

“Saya ingin buktikan kepada semua bahawa orang biasa seperti kita juga mampu mengangkat suara masyarakat di dalam politik. Mungkin kita sudah terbiasa bahawa kebanyakkan orang politik ini merupakan orang yang mempunyai nama dan dikenali.

“Sebenarnya, di luar sana kita mempunyai ramai young leaders yang tidak mempunyai ruang dalam masyarakat. Saya ingin menjadi inspirasi kepada wanita untuk berada di ruang politik. Kerana, apabila wanita ini berada di ruang politik, mereka satu sifat yang dipanggil sebagai sifat belas ihsan. Itu yang negara kita perlukan.

“Sebagai contoh, bagaimana PM New Zealand dapat menyelesaikan masalah pandemik Covid-19 dengan berkesan? Kerana dia mempunyai sifat kewanitaan dan keibuan. Jadi, disaat negara kita yang dilanda pelbagai krisis. Saya rasa, wanita boleh jadi a good solution provider to the party. Itu sebab saya join politik,” kongsinya ketika ditemu bual SAYS Seismik baru-baru ini.

Beralih dari dunia aktivisme ke pentas politik dalam usaha untuk memperkasakan hak pendidikan

Berasal dari Megat Dewa, Kedah, Cikgu Rahayu tekad untuk mengejar impiannya dalam memberikan hak kesamarataan tentang pendidikan kanak-kanak di Malaysia tanpa mengira budaya, bangsa dan agama.

Malah, keputusan Cikgu Rahayu untuk meninggalkan dunia aktivisme ke pentas politik merupakan langkah yang beliau impikan bagi merealisasikan matlamat yang telah diperjuangkan selama 7 tahun itu.

Dalam pada itu, Cikgu Rahayu juga memilih untuk melepaskan jawatan sebagai co-founder kepada Buku Jalanan Chow Kit kerana ingin memfokuskan gerak kerjanya sebagai ahli politik.

Bakal bertanding dalam PRU15 di Parlimen Tanjong Karang, Selangor

Menerusi ciapan yang dimuat naiknya di Twitternya @CikguRahayu, menjaga kebajikan pesawah merupakan salah satu perkara yang perlu dititik beratkan.

Hal ini kerana, mereka merupakan antara tenaga kerja yang terlibat dalam menghasilkan sumber makanan utama kepada negara iaitu beras. Malah, sawah padi di Tanjong Karang merupakan salah satu pengeluar terbesar beras di negara ini.

Adakah kita benar-benar memperjuangkan nasib para pesawah? Ini masa untuk kita terus bertindak agar masalah yang sekian lama dihadapi mereka dapat diselesaikan. #tanjongkarangkitapunya #malaysiakitaapunya #teamcikgurahayu pic.twitter.com/TcgsgA247i

— Siti Rahayu Baharin (@CikguRahayu) November 1, 2022

Sebagai seorang yang pernah menceburi bidang aktivisme, menyantuni dan membantu masyarakat sudah menjadi kebiasaan dalam hidupnya.

Walaupun pada beliau dunia politik merupakan perkara yang baru baginya, itu bukan penghalang untuk diri Cikgu Rahayu terus berjuang dalam membela hak-hak masyarakat terutama sekali di kawasan Tanjong Karang.

Meskipun bidang politik merupakan antara bidang yang beliau impikan, Cikgu Rahayu tetap menjalankan rutinnya sebagai seorang pendidik secara separuh masa.

Pilih calon yang berintegriti dan lihat apa yang dia mahu perjuangkan

Siti Rahayu Baharin
Image via @Cikgurahayu (Instagram)

Menurut Cikgu Rahayu, beliau ada menitipkan pesanan buat orang muda supaya jangan kecewa awal.

“Dalam kehidupan ini termasuklah politik akan ada banyak up and down. Sebab, tenaga muda yang yang ada sekarang adalah untuk perbaiki segala kekecewaan.

“Sentiasa bangkit dengan kekecewaan yang kita lalui. Dalam politik, ia bukan hidup kerana diri kita tetapi kerana masyarakat.

“Kepada orang muda sekarang, wajib untuk anda cakna, tahu dan terlibat dengan perkara berkaitan politik. Kene ambil tahu. Politik effect our kehidupan.

“Yang paling penting, pilih calon yang you have done you research. Pilih calon yang berintegriti dan lihat apa yang dia mahu perjuangkan. Jangan hanya undi kerana mereka beri kita 10 sen daripada seringgit.

“Fikir dan lihat elok-elok, mereka menentukan kehidupan kita sebenarnya. Kita sebagai orang muda, buktikan bahawa kita bukannya orang yang senang untuk diambil mudah dan mudah untuk diperkotak-katikkan,” ujarnya menutup bicara

Profil:

Nama penuh: Siti Rahayu Baharin

Asal: Megat Dewa, Kedah

Umur: 41 tahun

Kerjaya: Pengasas Buku Jalanan Chow Kit

Pendidikan: Master of Human Sciences, Political Science and Government in International Islamic University Malaysia (IIUM)

Kawasan bertanding: Tanjong Karang, Selangor

Ikon politik: Nabi Muhammad S.A.W

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News