“Perlu Ke Makan Paracetemol Selepas Cucuk Vaksin?” – Ini Penjelasan Ahli Farmasi

0
318

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum mengetahui bahawa semua negara sedang berada dalam fasa pengagihan vaksin

Tidak kira apa pun jenama vaksin, semua orang pasti akan mengalami kesan sampingan yang biasa. Sama seperti kebanyakan vaksin yang melawan Covid-19, penerima akan menunjukkan kesan sampingan yang ringan dan tidak mengancam nyawa selepas suntikan.

Antara kesan sampingan adalah termasuk sakit kepala, kelesuan, menggigil, sakit sendi, demam, loya atau cirit-birit. Semua kesan ini bergantung kepada ketahanan badan masing-masing. 

Oleh sebab itu, langkah pencegahan supaya badan tidak lebih sakit boleh diselesaikan dengan mengambil paracetamol.

Baru-baru ini, ahli farmasi telah kongsikan sama ada kita perlu ambil paracetamol jenama Panadol selepas vaksin di Twitter ini mencuri tumpuan netizen. 

Lihat posting penuh di bawah: 

Perlu ke nak makan Panadol? Nak makan sebelum atau selepas vaksin? Trade/brand name: PanadolNama ubat: paracetamol, dekat US panggil acetaminophen. Ini adalah thread dari perspektif farmasi. pic.twitter.com/piJY6EwLAp

— Amir Said (@4mirSaid) May 27, 2021

Selamat makan Panadol selepas cucuk vaksin

Ahli farmasi ini menjelaskan bahawa kita dibenarkan makan Panadol selepas vaksin dan bukannya sebelum vaksin. Dia juga menerangkan jenis-jenis Panadol dan perbezaannya. 

CDC (USA) tak recommend ambil painkiller sebelum cucuk vaksin untuk prevent vaccine-related side effects.Ambil ubat sebelum vaksin ni macam konsep prophylaxis, nak cegah dulu sebelum kena. pic.twitter.com/yk94w8ngeR

— Amir Said (@4mirSaid) May 27, 2021

Jadi, lebih selamat kalau ambil Panadol selepas cucuk vaksin kalau korang ada demam atau sakit-sakit badan je. Kalau takde, tak perlu makan panadol.Paracetamol singkatan PCM.

— Amir Said (@4mirSaid) May 27, 2021

Berikut di bawah merupakan antara Panadol yang boleh diambil:

1. Panadol Actifast

Image via Buka Lapak

PANADOL ACTIFAST(PCM 500mg, sodium 173mg)Fungsi sodium untuk cepatkan penyerapan PCM dekat usus kecil. So, kita akan dapat effect dengan lebih cepat. Sodium tinggi, tak sesuai untuk patient ada darah tinggi. Dos: 2 biji setiap 4-6 jam dalam sehari. pic.twitter.com/IDVXfWWrCN

— Amir Said (@4mirSaid) May 27, 2021

2. Panadol Optizorb

Image via CikSue38

PANADOL OPTIZORB(PCM 500mg)Ada calcium carbonate, alginic acic & crospovidone. Ubat akan lebih cepat hancur dalam badan. So, PCM lebih mudah & cepat diserap. Kesan seawal 15 minit. Takde sodium, sesuai untuk patient ada darah tinggi.Dos: 2 biji setiap 4-6 jam dalam sehari. pic.twitter.com/4CWMUzVr51

— Amir Said (@4mirSaid) May 27, 2021

3. Panadol Extra

Image via Lazada

PANADOL EXTRA(PCM 500mg, caffeine 65mg)PCM + caffeine untuk kurangkan sakit yang teramat sangat. Headache, migraine, back pain, sakit gigi dsb.Tak sesuai untuk wanita pregnant & breastfeed sebab ada caffeine.Dos: 2 biji setiap 4-6 jam dalam sehari. pic.twitter.com/8gjvKQZqOH

— Amir Said (@4mirSaid) May 27, 2021

4. Panadol Soluble

Image via CikSue38

PANADOL SOLUBLE(PCM 500mg, sodium 427mg)Untuk patient yang susah nak telan ubat tablet. Just larutkan ubat dalam 1 gelas air. Kandungan sodium tinggi, tak sesuai untuk patient yang ada darah tinggi.Dos: 2 biji setiap 4-6 jam dalam sehari. pic.twitter.com/SmgDjXp9Yy

— Amir Said (@4mirSaid) May 27, 2021

5. Panadol Menstrual

Image via Lazada

PANADOL MENSTRUAL(PCM 500mg, pamabrom 25mg)Untuk wanita yang ada senggugut masa datang haid. Macam mana?Pamabrom ada kesan diuresis; dia boleh singkirkan lebihan air yang terkumpul disebabkan perubahan hormon semasa datang haid. Dos: 2 biji setiap 4-6 jam dalam sehari. pic.twitter.com/tIQAGWAs99

— Amir Said (@4mirSaid) May 27, 2021

6. Panadol Extend

Image via Buka Lapak

PANADOL EXTEND(PCM 665mg)Ada 2 layer untuk panjangkan tempoh penyerapan ubat. Kesan ubat akan lebih lama iaitu sehingga 8 jam. Sesuai untuk pesakit kronik.Tablet lain PCM 500mg, yang ni 665mg! Dos: 2 biji setiap 6-8 jam (3 kali sehari je). Panadol lain 4 kali sehari. pic.twitter.com/bIreZmFtQX

— Amir Said (@4mirSaid) May 27, 2021

Tambahan pula, panadol berikut juga boleh didapatkan di Malaysia

Sebenarnya ada lagi Panadol lain, cuma tak famous sangat. Antara yang berdaftar di Malaysia:PANADOL FOR COLD RELIEFPCM 500mgPseudoephedrine 30mgPANADOL ALLERGY SINUS PCM 500mgPseudoephedrine 30mgChlorpheniramine 2mgPANADOL COLD + FLU – ND PCM 500mgPhenylephrine 5mg pic.twitter.com/cK56mj7sXu

— Amir Said (@4mirSaid) May 27, 2021

Untuk orang yang mempunyai darah tinggi, panadol di bawah kurang sesuai kerana kandungannya

Kalau refer journal ni, 250mg caffeine consumption boleh increase blood pressure by 4mmHg.So, walaupun takde sodium, Panadol Extra ada caffeine yang boleh increase BP jugak. Cuba elakkan. https://t.co/ZDGH681pXO pic.twitter.com/wikQbjdHQC

— Amir Said (@4mirSaid) May 28, 2021

Ingat, maksimum dos untuk paracetamol ialah 4000mg atau 4gram sehari. Anda tidak dibenarkan mengambil dos lebih!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: