HomeEntertainmentPengguna WhatsApp Alami Gangguan Tidak Dapat Hantar & Terima Mesej Ketika Ini

Pengguna WhatsApp Alami Gangguan Tidak Dapat Hantar & Terima Mesej Ketika Ini

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Platform mesej terbesar, WhatsApp dilaporkan mengalami masalah gangguan dan pengguna tidak boleh menghantar atau menerima mesej baharu

Berdasarkan laman web ServerDown menunjukkan bahawa gangguan berkenaan dialami hampir semua pengguna di seluruh dunia dan masalah itu sudah berlaku sejak sejam yang lalu.

Pada masa sama, pengendali platform berkenaan masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung masalah terbaharu yang dihadapi oleh aplikasi mesej paling popular berkenaan.

Laporan lain menyatakan bahawa masalah gangguan itu berkemungkinan besar berpunca daripada sistem pelayan utama.

Sebelum ini, platform mesej popular berkenaan pernah mengalami masalah sama beberapa bulan lalu apabila pengguna turut menghadapi masalah iaitu tidak boleh menghantar serta menerima mesej baharu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Must Read

Related News