HomePoliticsPengecualian cukai jualan kereta dilanjut hingga Jun

Pengecualian cukai jualan kereta dilanjut hingga Jun

Pembeli kereta boleh terus menikmati pengecualian dan potongan cukai jualan sehingga Jun depan.

PETALING JAYA: Kementerian Kewangan menerusi satu pekeliling menyatakan pengecualian cukai jualan sepenuhnya untuk kereta penumpang pemasangan tempatan (CKD) dilanjutkan sehingga 30 Jun depan.

Kementerian itu turut melanjutkan pengecualian 50% cukai jualan bagi kenderaan import yang baru dan terpakai sehingga Jun tahun depan

Di bawah sistem cukai jualan dan perkhidmatan, kenderaan tertakluk kepada 10% cukai jualan.

Pengecualian dan potongan cukai itu diumumkan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) pada Jun lalu untuk meningkatkan permintaan bagi kenderaan, tetapi ia sepatutnya berakhir 31 Dis ini.

Industri itu teruk terjejas akibat pandemik COVID-19 dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan pada Mac serta April lalu.

Menurut laporan, jualan 141 kenderaan direkodkan pada April lalu berbanding 49,935 kenderaan pada tempoh sama 2019.

Must Read

Related News