@alicekayrollll (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Mereka yang menghidapi masalah eczema tidak boleh makan sesuka hati kerana akan menyebabkan gatal pada kulit yang sensitif.
Malah, ada satu tahap di mana kulit akan menjadi pedih sehingga terpaksa makan menggunakan sarung tangan atau sudu dan garfu saja.
Sama seperti sebuah video ini apabila seorang gadis merakam abangnya yang makan mengunakan sarung tangan telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi perkongsian video daripada @alicekayrollll, kelihatan mereka sekeluarga sedang menikmati juadah berbuka puasa bersama-sama.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila gadis itu sempat merakam gelagat abangnya yang makan nasi menggunakan sarung tangan lut sinar.
Gadis tersebut tidak mendedahkan sebab mengapa abangnya makan menggunakan glove itu. Namun, rakaman itu berjaya mendapat perhatian netizen yang menghidapi eczema.
Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah meraih 345.6K views, 27.4K likes dan 206 shares di TikTok, rata-rata netizen turut berkongsi situasi sama seperti abang gadis tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: