
PETALING JAYA:Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan berkata, parti itu tidak perlu membuang masa bercakap soal masa depan dengan PAS tanpa terikat dengan PPBM.
Dalam catatan di Facebook selepas wawancara dengan Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khiruddin, Shahril berkata, keputusannya sudah jelas, iaitu PAS tidak akan meninggalkan Umno atau PPBM.

Katanya, PAS juga tidak mahu berlaku pertembungan antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dan mahu pertandingan satu lawan satu menentang Pakatan Harapan (PH) bagi memastikan kemenangan.
“PAS tidak ada hasrat untuk tinggalkan Umno, malah amat menghargai persahabatan bersama Umno. Pada masa sama, PAS tidak ada hasrat untuk tinggalkan PPBM.
“Jika berlaku pertembungan tiga penjuru antara Umno, PPBM dan PH di sesebuah kawasan, maka PAS dalam ‘impossible situation’ dan mungkin ambil pendekatan berkecuali.
“Yang untung adalah PH,”kata Shahril
BERITA LANJUT MENYUSUL



