@intan_berlian_94 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Mana tidaknya, gelagat mereka yang comel dan lucu ini memang dapat menghilangkan tekanan kehidupan yang kita hadapi. Walaupun mereka suka buat perangai, tapi siapa saja yang sanggup nak memarahi haiwan bukan?
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seekor kambing belaan seorang wanita terjatuh dalam longkang telah mencuit hati ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @intan_berlian_94, kedengaran bunyi seekor kambing belaan seorang wanita sedang berbunyi meminta tolong.
Wanita tersebut pun segera pergi untuk mendapatkan kambingnya. Sesampai sahaja di tempat kejadian, kambingnya itu dilihat jatuh terlentang di dalam longkang.
Namun, apa yang lebih melucukan adalah apabila bunyi kambingnya meminta tolong itu kedengaran seperti bunyi “help”.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut geli hati melihat gelagat kambing jatuh longkang tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 910.5K views, 81.9K likes dan 2.1K comments di Tiktok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Tiktok: