HomeNEWSPak Wan Alif berusia 91 tahun sembuh Covid-19

Pak Wan Alif berusia 91 tahun sembuh Covid-19

Alif mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan Pak Wannya.

Petaling Jaya: “Itu Pak Wan saya, pesakit Covid-19 berusia 91 tahun yang sudah sembuh, duduk di dalam kereta untuk pulang ke rumah!

“Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. Allah Maha Besar,” tulisnya.

Itu perkongsian Alif melalui hantaran di Instagram (IG), sambil berkongsi foto datuknya yang dipanggil Pak Wan sedang memasuki kenderaan untuk pulang, di samping memuji kebesaran Allah.

Datuk Alif, Mohamad Che Noh sebelum ini disahkan positif Covid-19 dan dirawat di Hospital Sungai Buloh. Beliau bagaimana pun sudah sihat dan dibenarkan pulang ke rumah.

Dalam hantaran itu juga, penyanyi dan pelakon popular ini turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan kesihatan datuknya.

“Terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan Pak Wan tempoh hari. Semoga Allah SWT membalas jasa baik anda semua,” tulisnya.

Alif bagaimana pun masih lagi berada di Melaka dan menjalani rawatan selepas disahkan positif Covid-19 minggu lalu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Must Read

Related News