“Pak Hang” – Penangan Layangan Putus, Lelaki Parodikan Watak Utama Versi Kedah Bikin Dekah

0
365
Cover image via @yusrimdradzhi (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bukan saja di negara seberang, malah drama tersebut turut mendapat perhatian daripada penonton di Malaysia gara-gara kisah pergolakan rumah tangga yang hancur disebabkan kes curang.

Penangan drama tersebut telah membuatkan ramai pengguna media sosial di TikTok melakukan parodi babak apabila si suami kantoi menduakan isterinya yang sarat hamil.

Lihat video penuh babak itu di bawah:

Jika dilihat dialog dalam babak tegang itu, pelakon perempuan yang membawa watak sebagai Kinan telah menyerang suaminya bertubi-tubi selepas lelaki tersebut kantoi mencuranginya.

Ternyata, babak berkenaan berjaya menyentuh hati para penonton sehingga ramai yang cuba menjiwai watak sepertinya dengan melakukan pelbagai jenis parodi mengikut kreativiti masing-masing.

Tidak terkecuali dengan seorang pemuda bernama Yusri dari Malaysia ini selepas videonya tular di laman FYP TikTok baru-baru ini. Namun, apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila dia membuat parodi itu versi loghat Kedah.

Lihat video penuh itu di bawah:

@yusrimdradzhi Bila Layangan Putus kutip pelakon2 Kulim n Kodiang..#layanganputus #layanganputusparodi #fyp Sad Piano – Lesfm

Susulan tularnya video itu yang kini telah meraih 746.6K tontonan, 75.6K tanda suka serta 7.2K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut berdekah melihat lakonan pemuda tersebut yang pandai mengubah suai dialog babak drama itu versi loghat Kedah.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: