HomeEntertainment"Nostalgia" - Gelagat Remaja Buat Lakonan Semula Iklan Adabi Ini Bikin Dekah...

“Nostalgia” – Gelagat Remaja Buat Lakonan Semula Iklan Adabi Ini Bikin Dekah Ramai

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zaman kanak-kanak merupakan kenangan yang tidak mungkin dilupakan

Jika diingat kembali, kenangan menonton televisyen beramai-beramai sambil bergelak tawa bersama adik-beradik merupakan memori indah ketika diusia kanak-kanak.

Baru-baru ini, tular sebuah video berkenaan sekumpulan remaja lelaki yang melakonkan semula muzik iklan nostalgia Adabi iaitu Adabi Kari Buka Tingkap.

Lihat video penuh di bawah:

@mirulramlii Duta yang sebenar #fyp #fyp #xyzbca Deepavali – Sonu Kakkar & Apoorva & Abhay Jodhpurkar

Dilakonkan dengan cara manual, nasib baik hafal lirik

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @mirulramlii di TikTok, sekumpulan remaja itu menyanyikan lagu nostalgia iklan Adabi sambil melakonkan gaya buka tutup tingkap sama seperti iklan produk Adabi yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.

Lebih menarik lagi, lakonan mereka yang amat melucukan berjaya menarik perhatian netizen walaupun nyanyian mereka agak ‘kelaut’.

Telatah lucu mereka tersebut turut raih komen menarik daripada netizen kerana mengimbau kenangan ketika zaman kanak-kanak.

Image via @mirulramlii (TikTok)

Image via @mirulramlii (TikTok)

Image via @mirulramlii (TikTok)

“Bagus ni kalau letak video dekat iklan” – Netizen

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat remaja-remaja itu.

Ketika artikel ini ditulis, video ini meraih 169K views, 20.8K likes dan 145 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah komen daripada netizen di laman sosial itu:

Image via @mirulramlii (TikTok)

Image via @mirulramlii (TikTok)

Image via @mirulramlii (TikTok)

Nasib baik tak tercabut pintu tingkap rumah orang tu :l

Image via TENOR

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News