HomeUncategorizedNiat Nak Bagi Makan Dekat Si Monyet, Sekali 'Geng Aspura' Ini Pula...

Niat Nak Bagi Makan Dekat Si Monyet, Sekali ‘Geng Aspura’ Ini Pula Yang Terciduk. Lawak!

Kehidupan di asrama merupakan momen paling indah buat para pelajar kerana dapat merakam pelbagai memori dengan kawan-kawan

Bukan saja belajar, solat dan makan, malah setiap kali tibanya hujung minggu juga pasti menjadi waktu yang paling ditunggu-tunggu buat para pelajar kerana dapat melakukan pelbagai aktiviti bersama.

Seperti contoh, ada yang outing ke shopping mall bersama penghuni dorm dan ada juga yang hanya duduk di bilik bermain game atau bernyanyi dengan kawan-kawan.

Namun berbeza pula dengan video yang tular baru-baru ini di laman TikTok apabila sekumpulan pelajar asrama lelaki mendapat tumpuan ramai selepas memuat naik video sedang memberikan makanan kepada monyet di depan dorm mereka.

Lihat video penuh itu di bawah:

@picunadib

weekend ##fyp ##fypsounds ##asrama ##viral ##fyppppppppppppppppppppppp

original sound – adibun

Baru nak bagi makanan dekat monyet, sekali masing-masing menjerit bila si Fatimah melompat dekat tingkap bilik

Menerusi video yang berdurasi 37 saat tersebut, kelihatan pelajar asrama lelaki atau biasanya mereka gelar sebagai geng aspura kononnya ingin memberikan bantuan makanan kepada sekumpulan monyet yang sedang bertenggek di depan bilik mereka.

Namun apa yang mencetuskan dekah ramai adalah apabila seekor monyet bernama Fatimah secara tiba-tiba melompat ke arah mereka dan membuka tingkap jaring bilik itu kerana tidak sabar nak makan.

Perkara itu telah membuatkan geng aspura berkenaan menjerit akibat terkejut dan salah seorang daripada mereka terus mencampak chocolate muffin ke luar tingkap.

Image via @picunadib (TikTok)

Bukan itu saja, mereka juga ada memuat naik video sambungan part 2 atas permintaan warganet yang ingin melihat reaksi mereka selepas Fatimah melompat ke tingkap bilik itu.

Video itu menjadi lebih lawak apabila salah seorang kawan mereka tertinggal di luar bilik dan selamba berjalan di depan monyet-monyet tersebut.

Mereka kemudiannya membuka pintu bilik dorm dan menyuruh kawan mereka itu masuk, namun belum sempat menutup pintu seekor lagi monyet melompat seperti ingin masuk ke dalam bilik mereka.

@picunadib

Reply to @moonflwrsmtg part 2 … credit to @mohd.aliffaiman @jeeqm0l Dan pencinta Yang lain ##fyp##viral ##asrama ##fypsounds

original sound – adibun

“Part Fatimah tu aku tak boleh control gelak weh, sampai jaring tu tercabut je auto lari” – Warganet

Susulan tularnya video mereka yang sehingga kini meraih 650.8K views, 108.8K likes dan 3.8K shares di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat spontan geng aspura itu yang kelakar.

Antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Image via @picunadib (TikTok)

Image via @picunadib (TikTok)

Image via @picunadib (TikTok)

Image via @picunadib (TikTok)

Image via @picunadib (TikTok)

Image via @picunadib (TikTok)

Image via @picunadib (TikTok)

Image via @picunadib (TikTok)

Image via @picunadib (TikTok)

Image via @picunadib (TikTok)

Image via @picunadib (TikTok)

Image via @picunadib (TikTok)

Sekali dia lompat semua lari. Asrama korang pun banyak monyet macam ni jugak ke? 😀

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News