HomeEntertainment"Nak Solat Tapi Ngantuk" - Tiga Budak Tidur Berjemaah Di Masjid Ini...

“Nak Solat Tapi Ngantuk” – Tiga Budak Tidur Berjemaah Di Masjid Ini Mencuit Hati Netizen

Cover image via
@dendenfelai (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Oleh itu, semua umat Islam wajib menunaikan solat dan digalakkan untuk solat berjemaah di masjid.

Tular satu video baru-baru ini di TikTok memaparkan tiga orang kanak-kanak lelaki tidur dalam posisi sujud di sebuah masjid telah mendapat perhatian netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @dendenfelai di TikTok, kelihatan tiga orang budak lelaki sedang tidur dalam posisi sujud di sebuah masjid.

Video itu telah mencuit hati ramai kerana mereka bertiga kelihatan sangat comel tertidur sewaktu solat. Orang lain solat berjemaah, mereka tidur berjemaah pula.

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila mereka bertiga dikatakan turut tertidur ketika solat di masjid pada keesokan hari.

Lihat video sambungan di bawah:

@dendenfelai

Reply to @kariimbienzima esoknya pun sama

original sound – Denden – Denden

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat budak-budak itu yang tertidur di masjid. Malah, ramai juga yang memuji kesungguhan mereka bertiga solat berjemaah di masjid walaupun masih kecil.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 374.3K views, 48.6K likes dan 444 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in:

Must Read

Related News