HomeEntertainmentNak Lepak Tempat Santai Sambil Makan? Ini 5 Makanan Menarik Di 'The...

Nak Lepak Tempat Santai Sambil Makan? Ini 5 Makanan Menarik Di ‘The Port’ Mesti Cuba!

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika anda merupakan seorang yang suka food hunting bersama kawan-kawan, sudah tentu anda sentiasa mencari port baru yang sesuai untuk lepak bersama bukan?

Selain daripada kedai mamak, terdapat pelbagai lagi port menarik untuk lepak dalam suasana yang santai dan selesa.

Salah satu port menarik yang viral baru-baru ini adalah di The Port Damansara, Bandar Utama. Ia merupakan tempat makan berkonsepkan kontena pertama di Malaysia.

Dari segi makanan pula, ia menawarkan konsep food court. Cakap je nak masakan kampung, western, Thailand, Indonesia dan macam-macam lagi. Semua ada dekat sana!

Alang-alang tu, kami akan kongsikan antara 5 kedai makan menarik yang menjadi pilihan ramai setiap kali berkunjung ke The Port:

1. OG Street Kitchen

Image via @MalaysianFoods (Twitter)

Image via @MalaysianFoods (Twitter)

Tahu tak baru-baru ni, kedai ini viral di TikTok, Facebook dan Twitter gara-gara nasi lemak yang berharga RM50 dengan hidangan mereka besar serta sangat menyelerakan. Tengok jelah gambar dekat atas tu, memang berbaloi dan puas hati kalau dapat makan nasi lemak macam ni dengan kawan-kawan!

2. Cibo Grill

Image via @MalaysianFoods (Twitter)

Image via @MalaysianFoods (Twitter)

Kalau anda nak cuba makanan western, kedai inilah yang patut menjadi pilihan. Sebab apa? Mereka menyediakan pelbagai jenis menu termasuklah steak dan lamb shoulder. Menarik kan? Makan panas-panas memang ngam!

3. Hungry Cats

Image via @MalaysianFoods (Twitter)

Image via @MalaysianFoods (Twitter)

Anda peminat makanan celup tepung dan rangup? Jangan lupa datang ke Hungry Cats untuk mencuba pelbagai jenis menu yang menarik. Antara menu yang menjadi pilihan ramai adalah butter squid. Sedap sampai menjilat jari!

4. Papasta

Image via @MalaysianFoods (Twitter)

Image via @MalaysianFoods (Twitter)

Kalau anda tengah on diet dan tak nak makan nasi, mungkin anda boleh cuba makan pasta pula. Kedai ini terkenal dengan tomyam olio mereka yang menepati cita rasa dan tekak orang Melayu kita.

5. Martabak Bang

Image via @MalaysianFoods (Twitter)

Image via @MalaysianFoods (Twitter)

Kalau nak cuba makanan manis atau dessert, anda wajib beli murtabak di kedai ini yang menjual pelbagai perisa menarik seperti red velvet cream cheese oreo, nestum cheese, choco cheese dan macam-macam lagi. Auto terasa macam makan dekat Indonesia tau!

Banyak lagi kedai makanan menarik dekat The Port ni sebenarnya. Kalau nak tahu, kenalah datang dan cuba sendiri. Ajak kawan-kawan lepak dekat sana okay! 🙂

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News