HomeNEWSMenjengah ke Muzium Orang Asli Gombak

Menjengah ke Muzium Orang Asli Gombak

Muzium ini ditubuhkan pada tahun 1987. (Gambar Tourism Selangor)

Muzium Orang Asli adalah sebuah muzium di Gombak, Selangor yang mempamerkan sejarah dan tradisi masyarakat orang asli.

Ditubuhkan pada tahun 1987, ia dibina untuk dijadikan sebagai tempat rujukan peristiwa sejarah dan artifak kepada Orang Asli Semenanjung Malaysia.

Muzium ini juga membantu memudahkan penyelidikan mengenai sejarah dan latar belakang masyarakat orang asli.

Pembinaan muzium ini juga bertujuan memelihara warisan budaya orang asli termasuk Mah Meri dari Pulau Carey yang terkenal.

Antara artifak yang dipamerkan di sini seperti peralatan memburu dan memasak, alat muzik tradisional, aksesori dan juga pakaian mereka. (Gambar Tourism Selangor)

Muzium ini mempunyai galeri pameran tetap, dewan teater mini yang dilengkapi dengan sistem audio visual yang canggih, perpustakaan dan kedai cenderamata.

Pengunjung boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai orang asli di Selangor dengan grafik maklumat yang dipaparkan di sini.

Artifak yang dipamerkan di muzium ini meliputi seperti peralatan memburu dan memasak, alat muzik tradisional, aksesori dan juga pakaian mereka.

Pendek kata, semua perkara berkaitan orang asli Selangor dipamerkan di sini.

Muzium ini dibina untuk dijadikan sebagai tempat rujukan peristiwa sejarah dan artifak kepada Orang Asli Semenanjung Malaysia. (Gambar Tourism Selangor)

Pelbagai ilmu dan informasi menarik dapat anda perolehi dengan mengunjungi Muzium Orang Asli Gombak ini. Pada masa yang sama, kita dapat belajar mengenai budaya mereka.

Tunggu apa lagi, mari kita meneroka lebih lanjut mengenai orang asli di Semenanjung Malaysia.

Muzium Orang Asli Gombak
Jalan Gombak
Kampung Batu Dua Belas Gombak
Selangor Malaysia

Waktu operasi:
Dibuka setiap hari dari 9.00 pagi – 5.00 petang kecuali Jumaat

Masuk adalah Percuma
Hubungi: 603-61868796

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di www.selangor.travel

Tourism Selangor adalah cabang pelancongan Kerajaan Negeri yang ditubuhkan untuk meningkatkan bilangan pelancong tempatan dan antarabangsa ke Negeri Selangor dengan membangunkan keindahan dan keunikan tersendiri Negeri Selangor. Banyak inisiatif telah diambil untuk mencapai matlamat ini seperti menganjurkan kempen di peringkat domestik dan antarabangsa, mengadakan misi perdagangan pelancongan yang dilakukan di luar negara, melancarkan misi jelajah dan kembara serta banyak lagi.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Must Read

Related News