HomeEntertainment"Mengimbau Nostalgia" - Ini 5 Warung Klasik Melayu Ala-Ala Filem P. Ramlee...

“Mengimbau Nostalgia” – Ini 5 Warung Klasik Melayu Ala-Ala Filem P. Ramlee Di Selangor

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kedai makanan pada zaman kini bagai cendawan tumbuh selepas hujan

Terlalu banyak pilihan kedai makanan yang boleh kita pilih. Sama ada anda mahukan kedai masakan barat, kampung, Korea dan bermacam-macam pilihan yang ada boleh miliki pada masa kini.

Namun, sudah menjadi trend ketika ini apabila kedai makanan bertemakan warung Melayu menjadi pilihan ramai. Sesiapa yang sukakan filem Melayu klasik pasti anda akan suka dengan warung-warung sebegini.

Jom kita lihat lima warung bertemakan klasik Melayu di Selangor!

Image via Giphy

1. Warung Klasik Kukus

Image via Malaysiapost

Warung Klasik Kukus ini terletak di Jalan Tepi Sungai, Klang. Dekorasi dengan menggunakan barang-barang lama membuatkan orang ramai tertarik untuk bersarapan di sini. Tong mo merupakan menu yang wajib dan rata-rata mengatakan bahawa menu itu merupakan menu rare yang ada di Warung Klasik Kukus. Bagi penggemar filem P. Ramlee, warung ini boleh menjadi pilihan anda kerana mereka sering memainkan lagu hits P. Ramlee.

Alamat: Lot 1004, Jalan Tepi Sungai 6 , 4110 Klang

Waktu Operasi: 9:30 pagi – 3:00 petang

@jujulkun Restorang Kukus Klasik yang nostalgia dan mengimbau kenangan #fyp #myfoodie #klangfoodie #kukusklasik #klangvalley #breakfast #weekendvibes Intro Anak Anak Sidek – Aizuddin Azhar

2. Warong Tiga Lima

Image via @khairizullfadli (Twitter)

Warong Tiga Lima ini terletak di Seksyen 10, Shah Alam. Warung ini juga terkenal dengan dekorasi ala-ala 70-an, malah pekerjanya juga memakai pakaian ala-ala orang zaman dahulu yang membuatkan pelanggan berasa dekat dengan suasana zaman dahulu. Menu utama yang menjadi kegemaran pengunjung adalah lempeng dengan kuah sambal. Sesiapa yang ingin bersarapan dengan menikmati suasana yang tenang, warung ini merupakan destinasi yang sesuai untuk anda.

Alamat: Jalan Songkok 10/15, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: 8:00 pagi – 11:00 petang / 4:00 pagi – 11:00 petang

@putrinrex Trying new cafe in town at Warung Tiga Lima Seksyen 10, Shah Alam with PNR team #xyzbca #fyp #viral #foodtiktok #shahalamfoodie #jalanjalancarimakan original sound – Putri N Rex

3. Warong Che Limah

Image via Warong Che Limah

Sesiapa yang berada di Meru Klang, anda boleh singgah untuk bersarapan di Warong Che Limah. Warung ini juga terkenal dengan dekorasi ala-ala 60-an. Dekorasi kain batik yang ada di setiap penjuru warung ini juga menjadi tarikan pelanggan. Hal ini kerana, kain batik itu seolah-olah menjadikan simbolik nama warung ini. Menu hidangan yang jadi tumpuan ramai adalah Lempeng Che Limah, Bubur Nasi Perindu dan Roti King Goyang.

Alamat: Lot 2152,Persiaran Hamzah Alang, Meru, Klang, Selangor

Waktu operasi: 7:30 pagi – 10:30 pagi

@jalancutisantai

Warong che Limah, Meru

Selendang Mak Inang – Allahyarham Hamzah Dolmat

4. Warong Pak Andak

Image via @bubufitrie (TikTok)

Bagi sesiapa yang mahukan sarapan berat seperti nasi lemak, Warong Pak Andak boleh menjadi destinasi pilihan anda! Warung ini juga memilih tema klasik Melayu sebagai tema utama supaya pengunjung dapat menikmati juadah hidangan mereka sambil menikmati suasana ala-ala klasik Melayu. Bukan sahaja makanannya yang sedap, tetapi kopi yang disajikan mereka juga merupakan menu utama yang menjadi pilihan ramai.

Alamat: Warong Pak Andak, Jalan Kastam

Waktu Operasi: 7:00 pagi – 12:00 petang

@warong_pak_andak

Jemput Singgah ke Warong Pak Andak

??? ?????? – ???????

5. Warong Baba Kafe

Image via Warung Baba Kafe

Siapa di sini peminat Nasi Kak Wok? Jika destinasi anda menuju ke kawasan Cheras, anda boleh singgah di Warung Baba Kafe yang berada di Bandar Mahkota Cheras. Warung ini juga terkenal dengan dekorasi ala-ala filem Melayu Klasik. Malah, hampir kesemua perabot yang digunakan adalah berasaskan daripada kayu. Oleh itu, untuk sesiapa yang inginkan suasana klasik Melayu, Warong Baba Kafe ini juga boleh menjadi pilihan anda.

Alamat: Jalan Putera 6/1, Bandar Mahkota Cheras, 43200 Cheras, Selangor

Waktu Operasi: 9:30 pagi – 5:00 petang

@iamharizazman

Warung Baba Kafe Mahkota Cheras

Bila mama pakai celana – Saloma & Tan Sri P. Ramlee

Sesiapa yang ingin menikmati juadah sarapan dengan suasana klasik Melayu, warung-warung ini boleh menjadi pilihan anda. Selamat menjamu selera!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News