Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kaedah rawatan pelbagai jenis penyakit dengan menggunakan bahan semula jadi sudah diamalkan sejak turun-temurun
Sejak dahulu lagi, pelbagai penyakit dan rawatan telah diperkenalkan oleh nenek moyang kita dengan menggunakan bahan semula jadi dan teknik tradisional. Lebih menarik lagi, sebahagian besar daripada rawatan dan teknik klasik tersebut mula diresapi dan diguna pakai dalam kaedah rawatan moden kini.
Malah, jika kita pandang daripada sudut yang meluas. Keberhasilan rawatan tradisional tidak kesemuanya mampu memberi apa-apa impak yang baik dalam kajian kesihatan moden. Sebagai contoh, pengambilan makanan menggunakan haiwan eksotik dan beracun dalam rawatan tradisional sangat tidak memberi kesan positif dalam merawat penyakit. Jadi, perlunya kita untuk mengambil tahu dan mencari rujukan daripada pakar berkaitan kesihatan serta kaedah rawatan.
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok berkaitan tentang seorang lelaki yang berkongsi tips dan cara merawat penyakit demam panas anak kecilnya dengan hanya menggunakan sebiji telur yang telah direbus curi tumpuan.
Perkongsian ikhlas.. Anak demam, baby badan panas.. malam2 buta pulak tu. Risau kan.. Saya ada satu cara yg boleh dibuat dirumah dengan apa yang ada didapur sebelum ke klinik.. ihktiar, usaha apa yang mampu kan, jangan menyerah terus.. Telur rebus. Rebus telur biar masak penuh, kupas, balut kain dan gelek kat bdn anak.. kat dada, kat kepala, kat perut, kat kaki, kat semua seluruh badan la senang cerita.. gelek telur suam tu sampai sejuk. Mula2 tu panas kan, balut la kain dlu. Bila dah suam2 tu blh buang kain gelek macam tu je.. sambil2 gelek tu selawat nabi, baca surah2 pendek 3qul, alfatihah, atau mana2 surah yang biasa amal.. Lepas siap, jangan makan pulak telur tu.. huhuhu. Boleh tengok telur kuning yg kat dalam tu akan berubah bentuk.. tak tahulah apa yang menyebabkan telur tu berubah.. tapi ia kenyataan… Nak makan telur lps gelek tu tak tahulah boleh ke tak..huhuh.. kita hadiah bagi burung kucing atau ayam la makan ek.. Sehari bolh buat 2kali.. nak gelek kat mana badan anak panas saja pun blh, cth.. kepala dia panas…gelek kat kepala je telur tu. InshaAllah dengan izin Allah boleh kurgkan panas. Sebenarnya ini amalan tabib cina, apa salahnya kita cuba selagi tidak langgar hukum agama kita. Semoga semua baik2.. .
Instrumen Melayu – Andijul maruf
Cara rawatan ini sudah diperkenalkan oleh tabib cina sejak turun-temurun. Malah, petua ini turut dipaparkan dalam filem Ip Man 3
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @fazx1992 di TikToknya, petua tersebut mampu menghilangkan kebah dan panas badan buat anak kecil.
Dia juga turut berkongsi tatacara bagi mengamalkan petua tersebut di bahagian desription posting tersebut.
“Telur rebus. Rebus telur biar masak penuh, kupas, balut kain dan gelek kat badan tubuh anak. Terutama sekali di bahagian dada, kepala, perut, kaki dan semua seluruh badan la senang cerita. Gelek telur suam tu sampai sejuk.” jelasnya.
“Mula-mula tu panas kan, balut la kain dulu. Bila dah suam-suam tu boleh buang kain gelek macam tu je. Sambil gelek tu selawat nabi, baca surah-surah pendek 3 qul, Al-fatihah atau mana2-mana surah yang biasa amal. Lepas siap, jangan makan pulak telur tu.” sambungnya.
Dia juga turut berkongsi bentuk telur kuning di bahagian dalam telur yang sudah berubah bentuk dan muncul bintik-bintik hitam pada permukaannya.
Image via @fazx1992 (TikTok)
Image via @fazx1992 (TikTok)
Image via @fazx1992 (TikTok)
“Tak sempat nak golek telur tu habis dulu.” – Netizen
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersetuju dan ada segelintir yang pernah mengamalkan petua turun-temurun tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 193.7K views, 4.7K likes dan 277 shares.
Berikut di bawah merupakan antara komen berkenaan topik video tersebut di TikTok:
Image via @fazx1992 (TikTok)
Image via @fazx1992 (TikTok)
Image via @fazx1992 (TikTok)
Kalau boleh, janganlah gelek telur tu time lapar. Risau masuk mulut dulu 😀
Image via TENOR
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik