HomeEntertainment"Member Masuk Air" - Guna Mainan Happy Meal Order Makanan Ini Buat...

“Member Masuk Air” – Guna Mainan Happy Meal Order Makanan Ini Buat Akak McD Terhibur

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selalunya, ramai yang memesan set happy meal di McDonald’s kerana ingin memberikan mainan kepada anak mereka

Tetapi, baru-baru ini set itu sudah menjadi kegemaran orang dewasa gara-gara mainannya berbentuk headphone seperti apa yang dipakai oleh staf McD apabila mengambil pesanan di drive-thru.

Namun, lain pula yang berlaku dalam video tular ini apabila gelagat seorang lelaki memakai headphone itu dan ‘acah-acah’ mengambil pesanan dari dalam keretanya telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@hakaksilau

Excited dapat mainan baru happy meal

Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Member buat hal, tiba-tiba tanya akak McD nak order apa dari dalam kereta

Menerusi video yang dimuat naik oleh @hakaksilau, kelihatan lelaki itu sedang membawa kereta ke arah kaunter mengambil minuman di bahagian drive-thru.

Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah dia sempat memakai headphone mainan happy meal tersebut dan berlakon sebagai staf McD.

Sebaik saja ingin mengambil minumannya, dia dilihat mengusik staf McD dengan bertanya “dik nak order apa?”. Perkara itu membuatkan kawannya yang sedang merakam gelak sakan. Staf McD itu juga dilihat tergelak melihat gelagatnya.

Image via @hakaksilau (TikTok)

“Habislah kawan-kawan dia kena jadi customer dia nanti, main jual-jual haha” – Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 1.2M views, 143.4K likes dan 3.4K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagatnya itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @hakaksilau (TikTok)

Image via @hakaksilau (TikTok)

Image via @hakaksilau (TikTok)

Image via @hakaksilau (TikTok)

Image via @hakaksilau (TikTok)

Image via @hakaksilau (TikTok)

Image via @hakaksilau (TikTok)

Image via @hakaksilau (TikTok)

Nampaknya orang dewasa lagi excited dapat happy meal kali ni. Masing-masing berangan jadi staf McD! 😀

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News