Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kebiasaannya, kalau kita nak surprisekan hari jadi kawan, semestinya kita akan sediakan kek dan bawa ke kedai makan
Kadangkala ada yang lagi menarik, mungkin kawan-kawan akan melakukan beberapa aktiviti seperti explorace untuk orang yang disambut hadir ke destinasi rahsia.
Namun, baru-baru ini tular cara unik sekumpulan pemuda Chinese ini menyambut hari jadi rakannya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Lain macam sambutan hari jadi kawan2 buat kat dia haha pic.twitter.com/9gTnGsllba
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) November 10, 2022
Member siap upah geng kompang dan nyanyi dua versi lagu birthday
Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan pemuda Cina sedang berada di sebuah kafe untuk lepak dan menyambut hari jadi kawannya.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila pemuda di situ siap menempah geng kompang untuk surprisekan rakannya. Sebaik saja geng kompang itu masuk dengan alunan kompangnya, lelaki itu kelihatan terkejut dan terkedu.
Rupa-rupanya, rakannya yang menempah geng kompang itu. Dia kelihatan ketawa apabila disakat kawannya. Situasi di tempat kejadian penuh dengan gelak tawa melihat muka rakan mereka yang blur.
Image via @isusemasaviral (Twitter)
“Kawan-kawan, i demand this. Setakat sambut birthday baling tepung, lupakan.” – Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 205K views, 7K retweets, 1K quote tweets dan 13K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing,
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizend di Twitter:
Honestly this is definitely not okay . This is terlalu cool, mantul, power, beyond unthinkable and just cute!!!!!!!!
— (@sabariah_digidy) November 10, 2022
I see a lot of non-malay say it’s disrespectful, do know as a malay myself, I think it’s cool, flattering and wholesome that even chinese people hire malay people to do malay cult stuff as a surprise. Brings back the diversity Malaysia was once known for a while back
— Damn (@Damnhensembapak) November 10, 2022
honestly, it helps their business + keeps their tradition alive.. so why not kan. also, i would refrain from saying cult and actually saying culture ?
— // dah balikkk (@thiccSungjin) November 10, 2022
Rasa bangga pulak, cina boleh cari service org melayu main kompang nak suprise kawan dia apa nama team ni weh? Dari mana
— D.A (@miaaDurra_) November 10, 2022
Melayu leh amik tarian naga plak..konpem lg meriah
— Kodanape20 (@kodanape20) November 10, 2022
nohh rokiahhh blur kejap member melayu mana pulak kahwin malam malam ni
— obey (@ZubirMarsan) November 10, 2022
Dia beruntung ada kawan-kawan yang best, buat surprise lain dari yg lain
— Faisal Abu Hassan (@fais_hassan) November 10, 2022
Benda ni aku tgk takde mslh punya. This is malaysia about. Kompang tu cuma satu budaya, bukan agama. Takde salahnya pun. Korang rilek2 je sikit. Jgn dok racist x habis2
— TeD (@BukanWanted) November 10, 2022
Seronok betul tengok cara sambut birthday lain daripada yang lain ni 😀
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik