Walaupun Ruzli Abdul Jalil terputus lengan kanan dalam kemalangan di tempat kerja, dia tidak anggap kecederaannya sebagai halangan untuk menjadi pemandu teksi.
Tekad mencabar diri sendiri, Abang Ruzli yang sudah 14 tahun dalam industri itu, rajin memandu di kota.
Abang Ruzli memulakan rutin harian dari seawal 7 pagi.
Beliau memastikan teksinya bersih sebelum keluar dari rumah di Segambut. Singgah sebentar di gerai berdekata sebelum memulakan perjalanan.
Dengan pengalaman bertahun-tahun, Abang Ruzli boleh memandu sambil menukar ‘gear’ dengan tangan kiri sahaja.
Abang Ruzli mengunakan satu lengan untuk memajukan keretanya ke depan dan masuk barisan teksi yang panjang di Chow Kit.
Abang Ruzli meneguk air untuk menghilangkan haus selepas lebih 3 jam menanti pelanggan dalam cuaca panas.
Beliau dengan cekap memasukkan barang pelanggan ke dalam kereta.
Persaingan dengan perkhidmatan e-panggilan dan wabak Covid-19 benar-benar menekan Abang Ruzli dan pemandu teksi lain.
Selepas 8 jam, beliau sekadar meraih antara RM15 ke 20 sehari.
Hari berganti hari, Abang Ruzli masih tak berputus asa untuk membuat yang terbaik sebagai pemandu teksi.












