HomeEntertainment"Makan Kulit Dulu Baru Isi" - Gelagat Pelajar Kupas Roti Gardenia Ini...

“Makan Kulit Dulu Baru Isi” – Gelagat Pelajar Kupas Roti Gardenia Ini Bikin Tawa Ramai

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semua orang mesti akan ada kawan yang berperangai pelik bukan?

Kadangkala perangai pelik dia itu tak masuk dek akal. Tetapi, sebenarnya dengan perangai pelik dia itulah yang dapat menghiburkan kita.

Sama seperti video yang tular di laman sosial TikTok baru-baru ini, apabila seorang pelajar menunjukkan gelagat rakannya makan roti Gardenia dengan cara lain daripada lain telah meraih perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@bummybum._

original sound –

Kupas kulit roti sampai habis dulu, baru makan isi

Menerusi video berkenaan, kelihatan dia menunjukkan gelagat pelik rakannya yang makan roti Gardenia dengan kupas kulit terlebih dahulu.

Mula-mula dia kupas dan makan kulit, kemudian baru dia menikmati keseluruhan roti tanpa kulit itu.

Gelagatnya itu membuatkan ramai boleh relate. Hal ini kerana, mereka berkata jika berbuat sedemikian baru dapat feel untuk makan isi coklat roti Gardenia itu.

Image via @bummybum._ (TikTok)

Image via @bummybum._ (TikTok)

“Aku makan macam ni juga sebab nak makan coklat tu last” – Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sebanyak 608.2K views, 52.3K likes dan 781 comments di TikTok. Rata-rata warganet turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Image via @bummybum._ (TikTok)

Image via @bummybum._ (TikTok)

Image via @bummybum._ (TikTok)

Image via @bummybum._ (TikTok)

Bila tengok dia kupas, nampak macam roti tak pakai baju pula 😛

Image via Giphy

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Must Read

Related News