Menerusi video yang dimuat naik oleh @ibusafaaa_, kelihatan dia merakam suasana di rumahnya pada waktu petang dan malam.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila rumahnya dipenuhi dengan lampu lip lap dengan pelbagai bentuk.
Ada bentuk Menara Kuala Lumpur, Menara KLCC, kereta, basikal, wau, kapal terbang dan macam-macam lagi. Malah, sekali pandang ia kelihatan seperti di i-City Shah Alam.
Menurutya, semua lampu itu dipasang oleh ibu dan ayahnya. Mungkin mereka menghias rumah dengan lampu tersebut sebagai persiapan malam raya nanti.