HomeEntertainmentMain 'Misi Raya Puaka' Ini & Menangi Pelbagai Hadiah Menarik Serta Lumayan...

Main ‘Misi Raya Puaka’ Ini & Menangi Pelbagai Hadiah Menarik Serta Lumayan Daripada Yoodo

Cover image via
Yoodo

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Artikel ini ditaja oleh Yoodo.

Apatah lagi, setiap tawaran diberikan lazimnya mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri yang hanya dapat dinikmati sekali setiap tahun.

Tidak mahu mengecewakan pengguna, tahun ini, syarikat perkhidmatan telekomunikasi pertama di Malaysia yang menawarkan pelan mudah alih boleh diubah suai serta perkhidmatan 100 peratus secara digital, Yoodo, tampil dengan idea baharu lebih menyeronokkan iaitu #MisiRayaPuaka.

Misi Raya Puaka adalah kempen gamifikasi digital berkonsep pengembaraan yang bertujuan memacu kehidupan rakyat Malaysia supaya kekal berhubung dan menggunakan digitalisasi untuk mengeratkan silaturahim antara rakan dan keluarga ketika musim perayaan.

Menariknya, dengan menyertai kempen ini, anda berpeluang membawa pulang hadiah-hadiah hebat seperti Samsung Galaxy S22 Ultra, iPhone 13, Nintendo Switch dan banyak lagi!

Untuk merebut hadiah-hadiah yang ditawarkan, peserta hanya perlu mengumpul sebanyak mungkin mata sepanjang tempoh kempen menerusi empat misi berbeza.

Misi Raya Puaka terdiri daripada empat misi dan Misi 1 adalah kunci wajib yang melayakkan anda untuk menyertai kempen ini.

Misi 1 memberi peluang untuk semua pengguna mengumpulkan skor pertama, tidak kira sama ada anda pengguna baru ataupun pengguna sedia ada Yoodo.

Dalam Misi 2, pengguna berpeluang untuk bermain ‘Hantu Fast, Hantu Furious’.

Setiap penyertaan dari Misi 1 akan diberi tiga kali percubaan dan hanya skor tertinggi dari tiga percubaan akan dikira.

Jom main dan cuba kutip duit raya sambil mengelak daripada hantu-hantu yang menghalang pengguna yang mahu pulang ke kampung.

Dalam Misi 3, pembelian mana-mana Booster Add-On 20GB seperti TikTok, Instagram, Spotify, ML: BB dan banyak lagi yang bernilai RM 1 atau RM3 akan menambahkan satu mata setiap satu.

Manakala, pembelian Booster Add-On 20GB Streaming seperti Netflix, YouTube, Viu, Astro Go yang bernilai RM7 akan menambahkan dua mata setiap satu.

Anda boleh ajak rakan-rakan atau ahli keluarga untuk bertukar ke Yoodo dengan menggunakan Kod Ajakan anda untuk mendapatkan tiga mata.

Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan pelan mudah alih yang anda gunakan sekarang, inilah masa terbaik untuk bertukar kepada pelan yang lebih sesuai.

Kempen ini berlangsung dari 22 April hingga 31 Mei 2022 dengan tarikh tamat yang berbeza mengikut kategori peraduan seperti di bawah.

Peraduan Early Bird: 22 April – 8 Mei 2022

Kredit Touch’nGo eWallet bernilai RM30 akan diberikan kepada 100 pemenang terawal yang berjaya mengumpul 10 mata.

Peraduan Hadiah Utama: 22 April – 31 Mei 2022

Peraduan ini berdasarkan jumlah skor terkumpul tertinggi sepanjang tempoh kempen. Hadiah Utama termasuk Samsung Galaxy S22 Ultra, iPhone 13, iPad, Oppo Reno7 5G, Nintendo Switch dan banyak lagi. Paling menarik, jika anda pemenang peraduan Early Bird, anda masih layak untuk memenangi peraduan Hadiah Utama.

Dengan Yoodo, anda akan kekal berhubung bersama keluarga dan rakan sekali gus dapat menikmati data berkelajuan tinggi atau tanpa had ketika meraikan lebaran.

Yoodo yang dikuasakan oleh rangkaian 4G LTE terluas Celcom memberikan anda kebebasan untuk memilih pelan dengan jumlah data, panggilan dan SMS yang diingini dari lebih daripada 2 juta kombinasi pelan mudah alih.

Lebih menarik, Yoodo tidak mengikat anda pada mana-mana pelan, justeru pembatalan atau penukaran pelan boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa sebarang caj.

Jangan lepaskan peluang mendaftar pelan mudah alih Yoodo serta dapatkan kad SIM percuma dan servis penghantaran juga secara percuma hari ini.

Orang ramai boleh mendapatkan kad SIM Yoodo di cawangan Celcom bluecube, kedai BHPetroMart, atau kedai Petronas Mesra yang terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia menerusi pautan ini.

Must Read

Related News