@aieisma_michalski
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kematiannya yang menyayat hati telah meninggalkan kesan sangat mendalam kepada ramai orang, termasuklah netizen di Malaysia.
Namun, lain pula yang terjadi dalam sebuah video viral di TikTok ini apabila seorang lelaki merakam gelagat pelik isterinya tiba-tiba mengajak bermain kayak telah mencuri tumpuan dan ramai mengaitkan dengan kes kematian Tangmo Nida.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @aieisma_michalski, kelihatan lelaki itu sedang bermain kayak bersama isterinya di Tasik Putrajaya.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah kapsyennya yang bertulis “tak sekarang ni kenapa baru sekarang nak ajak kayak, sebelum ni takde pun”.
Malah, dia siap meletakkan background music lagu Thailand yang viral semasa kes kematian Tangmo Nida baru-baru ini.
Perkara tersebut membuatkan para netizen meninggalkan pelbagai komen lucu seolah-olah sesuatu akan terjadi kepada lelaki itu gara-gara dia membuat reaksi muka cuak.
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 1.1M views, 155.1K likes dan 2K shares di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan komen masing-masing selepas melihat reaksi muka lelaki itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: