Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Semasa kelas memandu, semua orang pasti sudah cakna tentang penggunaan high beam bukan?
Semua orang tahu bahawa kita tidak boleh guna high beam sebarangan kerana ia boleh menyebabkan kenderaan di hadapan silau atau buta seketika.
Bukan setakat kereta di hadapan silau, malah boleh menyebabkan kemalangan berlaku. High beam hanya digunakan semasa tiada kenderaan di hadapan sahaja.
Baru-baru ini, tular sebuah video apabila seorang lelaki meluahkan rasa marah terhadap pemandu yang menggunakan high beam. Namun, celotehnya yang menggunakan loghat utara pula menjadi tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
@_.putrabell Hang jaga elok sikit nah sapa pernah kena#putrabell #fyp #trending #tiktokmalaysia #fyppppppppppppppppppppppp #foryoupage #masukberanda Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
Tidak kira sama ada membawa motor atau kereta, harus beringat tentang penggunaan lampu tinggi
Menerusi video yang dimuat naik oleh @_.putrabell, kelihatan dia meluahkan rasa kecewa terhadap pemandu di kawasan perumahannya.
Difahamkan, dia sukar untuk memandu kerana silau disebabkan kenderaan di belakang memasang high beam.
Walaupun dalam video tersebut bertujuan untuk memberi peringatan, namun rata-rata netizen terhibur mendengar celoteh loghat utaranya.
Image via @_.putrabell (TikTok)
“Kalau yang ni, aku sokong sebab depa suka bukak lampu tinggi. Dah lah kita ni pakai cermin mata” – Netizen
Menjengah ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersependapat dengan lelaki itu dan berkongsi pengalaman ketika berjumpa dengan pemandu yang menggunakan high beam.
Susulan tularnya video tersebut, kini video berkenaan telah meraih sebanyak 199.1K views, 17.4K likes dan 531 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @_.putrabell (TikTok)
Image via @_.putrabell (TikTok)
Image via @_.putrabell (TikTok)
Image via @_.putrabell (TikTok)
Image via @_.putrabell (TikTok)
Setuju! Jadi buta sekejap bila kereta belakang guna lampu tinggi :’)
Image via Tenor
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik