HomeNEWSLebih banyak bantuan kerajaan tingkat hutang kepada 65% KDNK, Najib beri amaran

Lebih banyak bantuan kerajaan tingkat hutang kepada 65% KDNK, Najib beri amaran

Ahli KWSP dibenar mengeluarkan sehingga RM10,000 daripada simpanan persaraan mereka tahun depan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak, dalam kenyataan balasnya terhadap Ahli Parlimen Subang Wong Chen berkata, langkah meluaskan bantuan kerajaan kepada rakyat akan menyebabkan peningkatan nisbah hutang negara kepada 65% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Najib berkata, lebih banyak kerajaan meminjam untuk memberi bantuan akan mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Sebaliknya katanya, mereka yang “memerlukan” harus dibenarkan membuat pengeluaran wang mereka sendiri daripada Akaun 1 Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).

Wong Cheng dalam respons panjang lebarnya kepada Najib sebelum ini berkata, bantahan beliau terhadap keputusan kerajaan membenarkan rakyat membuat pengeluaran KWSP adalah kerana pencarum tidak harus dibiar menggunakan simpanan persaraan untuk membantu diri mereka sendiri.

Dengan menyifatkan langkah itu sebagai “berlebihan”, Wong berkata, tugas kerajaan ialah menyelamatkan rakyat daripada krisis yang tidak pernah berlaku dalam tempoh 100 tahun lepas.

Terdahulu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz mengumumkan bahawa lapan juta pencarum KWSP akan dibenarkan untuk mengeluarkan sejumlah RM70 bilion atau RM10,000 setiap orang daripada simpanan mereka pada 2021.

Bagaimanapun, Najib berkat,a jumlah pengeluaran itu tidak mungkin mencecah RM70 bilion kerana sehingga kini tiada statistik sebenar mengenai jumlah individu yang memerlukan bantuan akibat pengurangan atau kehilangan pendapatan.

“Sebab itu peraturan harus diperluaskan sebanyak mungkin agar tidak ada pihak yang tertinggal,” katanya.

Namun, beliau bersetuju dengan pendapat Wong Chen bahawa kerajaan bertanggungjawab untuk membantu dan sudah pun melakukannya.

Bagaimanapun kata beliau, ada banyak pertimbangan mengenai bantuan yang dapat diberikan dan bagaimana untuk mengenal pasti mereka yang memerlukan bantuan.

Najib berkata, hutang negara turun kepada 48.7% pada 2018 setelah 8 tahun berturut-turut kerajaan mengurangkan defisit belanjawan.

Bagaimanapun, Pakatan Harapan (PH), yang mengambil alih kuasa pada Mei 2018 memberi pelepasan cukai selama 3 bulan, selain “menarah” dana Petronas sebanyak RM84 bilion (RM54 bilion pada 2019) dan mengalami defisit belanjawan lebih tinggi dua tahun berturut-turut.

Kerajaan PH juga menambah jumlah hutang baru sebanyak RM140 bilion sejak berkuasa, kurang sedikit daripada had hutang 55% yang mengawal kerajaan.

Dengan ekonomi yang melemah dan krisis pandemik Covid-18, kerajaan Perikatan Nasional (PN) meningkatkan had hutang negara kepada 60%.

“Namun had 60% ini juga telah dilanggar berdasarkan laporan kewangan suku ketiga 2020,” kata Najib.

Najib juga mendakwa kerajaan mungkin dapat memberikan RM10,000 bahkan RM20,000 kepada setiap isi rumah dalam kelompok berpendapatan rendah dan menengah jika PH tidak menghapuskan GST dan meningkatkan pinjaman serta tidak “menarah” wang Petronas sebanyak RM84 bilion.

Must Read

Related News