HomeNEWSLebih 2,500 mangsa Covid-19 pulih

Lebih 2,500 mangsa Covid-19 pulih

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengumumkan lebih 2,500 mangsa Covid-19 dilaporkan pulih dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, melaporkan sebanyak 2,555 pesakit pulih, menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang sembuh sehingga hari ini 49,056 orang, bersamaan 80.7%.

Sementara itu, bilangan kes baharu Covid-19 dalam tiga angka, iaitu 935 kes.

Empat daripadanya kes import dan baki 931 kes penularan tempatan.

Sabah melaporkan kes harian tertinggi dengan 326 kes, diikuti Selangor sebanyak 163 kes.

KKM juga melaporkan 3 kematian.

Must Read

Related News