HomeEntertainmentKreativiti Lelaki Ini Membuat Pelitup Muka Ala-Ala Ketupat Tarik Perhatian Ramai

Kreativiti Lelaki Ini Membuat Pelitup Muka Ala-Ala Ketupat Tarik Perhatian Ramai

Cover image via
@diva.h.a (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Terdapat pelbagai jenis pelitup muka yang digunakan oleh masyarakat iaitu pelitup muka pembedahan, fabrik, N95 dan banyak lagi.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki mengenakan pelitup muka ala-ala ketupat telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video pendek yang dikongsikan oleh @diva.h.a di TikTok, kelihatan seorang lelaki menggayakan pelitup muka bertemakan ketupat.

Pelitup muka ala-ala ketupat tersebut dipercayai dianyam sendiri menggunakan daun kelapa yang memang selalu digunakan untuk menganyam ketupat.

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih hampir 1.1M views, 90.6K likes dan 4K comments di TikTok, rata-rata netizen terhibur dengan kreativiti lelaki itu membuat pelitup muka tema ketupat.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in:

Must Read

Related News