HomeEntertainment"Kreatif" - Sekolah Guna Tema Bank Di Malaysia Sempena Hari Sukan Ini...

“Kreatif” – Sekolah Guna Tema Bank Di Malaysia Sempena Hari Sukan Ini Raih Pujian Warganet

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tema hari sukan sekolah merupakan perkara yang dinantikan setiap tahun

Iyalah, jika kita ingat kembali ketika berada di zaman persekolahan. Pasti kita akan teringat momen menarik ketika berlangsungnya hari sukan sekolah dengan gabungan tema-tema yang unik.

Baru-baru ini, tular satu video berkenaan sambutan hari sukan di sebuah sekolah yang menggunakan tema pelbagai bank di Malaysia telah meraih tumpuan netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

@farahsabari Boleh swipe je kad bank tu! #harisukansekolah #kejohananolahraga #kuantan SWIPE – ALYPH

Siap buat replika mesin ATM lagi

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @farahsabari di TikToknya, tema hari sukan unik tersebut yang diadakan di SK (P) Methodist Kuantan merupakan cadangan serta idea hasil kerjasama daripada guru-guru dan ibu bapa.

Lebih menarik lagi, setiap pasukan rumah sukan turut menghiasi khemah mereka dengan replika-replika yang menarik.

Warganet juga turut memuji kreativiti yang ditonjolkan oleh sekolah berkenaan.

Lihat video sambungan di bawah:

@farahsabari Replying to @ckp_jer.lah SWIPE – ALYPH

@farahsabari Replying to @nianiera bunyi asal – E-JUMP IZAM – –

Image via @farahsabari (TikTok)

“Kenapa zaman aku dulu tak kreatif macam ini eh?” – Netizen

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji kreativiti tema hari sukan sekolah berkenaan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 957.7K tontonan, 76K tanda suka dan 1132 perkongsian di TikTok.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @farahsabari (TikTok)

Image via @farahsabari (TikTok)

Image via @farahsabari (TikTok)

Lepas ini bolehlah minta kolaborasi dengan bank-bank terdekat ya 😀

Image via TENOR

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News