HomeEntertainment"Kreatif" - Ingatkan Nak Inject Apa, Rupanya Isteri Buat Bekal Letak Kicap...

“Kreatif” – Ingatkan Nak Inject Apa, Rupanya Isteri Buat Bekal Letak Kicap Dalam Picagari

Cover image via
@buyauu (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jadi, tidak hairanlah jika dilihat kebanyakan isteri suka menyediakan bekal kepada suami mereka. Selain dapat menjimatkan kos, para suami juga dijamin dapat menikmati makanan yang sihat dan sedap.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang isteri menyediakan bekal kepada suaminya dengan cara yang kreatif telah meraih perhatian netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dikongsi oleh @buyauu, kelihatan seorang lelaki yang baru sahaja ingin menikmati bekal yang disediakan oleh isterinya.

Namun, dia keliru kenapa si isteri turut membekalkan picagari kepadanya. Rupa-rupanya di dalam picagari tersebut berisi kicap untuk dimakan bersama nasi.

Kemudian, lelaki itu sambil ketawa menekan picagari yang berisi kicap itu ke atas nasinya.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi apabila melihat cara kreatif isteri lelaki itu menyediakan bekal.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 474.8K views, 23.4K likes dan 189 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

More stories to read:

Must Read

Related News