HomeEntertainment"Khas Untuk Kaki Karok" - Ini Top 5 Tempat Karaoke Best Di...

“Khas Untuk Kaki Karok” – Ini Top 5 Tempat Karaoke Best Di Lembah Klang Anda Wajib Cuba

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi anda yang suka berkaraoke, sudah tentu tempat hiburan ini menjadi pilihan anda

Aktiviti karaoke ini juga sebenarnya sedikit sebanyak dapat menghilangkan stres dan melupakan masalah buat seketika.

Banyak tempat karaoke yang kita boleh lihat sekarang tumbuh bak cendawan, tetapi belum tentu semua tempat itu ‘best’ bagi kita kerana mungkin masalah sistem dan sebagainya.

Jadi, di sini kami ingin kongsi kepada anda antara lima tempat best anda boleh pergi untuk karaoke. Let’s go!

1. Loud Speaker

Image via Loud Speaker KTV

Di sini anda boleh menyanyikan lagu kegemaran anda dengan penuh lantang. Semuanya tanpa perlu membayar kos yang tinggi.

Contohnya, jika anda datang pada hari bekerja antara Isnin dan Khamis pada waktu tertentu, anda boleh menikmati sesi karaoke mampu milik pada harga serendah RM8.

Tetapi jika anda menjadi ahli, anda hanya perlu membayar RM7 (sebelum 6 petang) dan RM10 (selepas 6 petang). Loud Speaker mempunyai beberapa cawangan di KL dan Selangor sahaja seperti MyTOWN Shopping Centre, Sri Petaling dan Kota Damansara.

Instagram: @loudspeakerktv

2. Diva Karaoke

Image via 1 Shamelin Mall

Diva Karaoke menyediakan pelbagai lagu antarabangsa dan tempatan yang terbaru untuk dipilih.

Bilik mereka dihiasi dengan sofa mewah untuk memastikan anda selesa. Diva Karaoke menawarkan pakej menarik serendah RM68 untuk sesi karaoke selama 2 jam. Bergantung pada jenis pakej (Standard, Deluxe, V.I.P atau V.V.I.P), pakej ini juga termasuk minuman ringan dan makanan segera.

Instagram: @divakaraoke1sm

3. Red Box

Image via Red Box

Red Box merupakan antara tempat hiburan popular dalam kalangan kaki karok. Mereka kini telah mempunyai beberapa cawangan yang terletak di banyak kawasan terkemuka sekitar Lembah Klang sahaja, iaitu Pavilion KL dan The Gardens Mall.

Bilik yang disediakan juga sangat selesa dan banyak pilihan makanan daripada pembuka selera hingga hidangan pembuka dan pelbagai jenis minuman.

Instagram: @redboxkaraokemalaysia

4. Karaoke Manekineko

Image via TimeOut

Datang jauh dari Jepun, Karaoke Manekineko menawarkan tempat hiburan yang menjadi pilihan ramai kerana suasananya yang santai. Anda boleh memilih ratusan ribu lagu daripada bahasa Inggeris hingga bahasa Melayu, Cina dan Korea.

Harga mereka juga berpatutan daripada RM13+ pada hari bekerja jika anda seorang pelajar atau warga emas. Malah untuk yang lain, harga hari bekerja dan hujung minggu berharga antara RM15+ dan RM25+.

Mereka juga mempunyai banyak makanan Jepun di sini, iaitu Teriyaki Chicken Don dan Katsu Curry Rice yang istimewa.

Instagram: @manekineko_malaysia

5. Neway

Image via Trip Advisor

Neway mempunyai beberapa cawangan di KL dan Selangor seperti Cheras Plaza, 1 Utama dan Puchong’s Casa Square.

List lagu mereka adalah merangkumi pelbagai lagu semasa dan evergreen termasuk bahasa Inggeris, Melayu, Cina dan Korea.

Facebook: Neway

Bolehlah sekali sekala tukar port karok pula kan 😀

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Must Read

Related News